awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jin BTS sertai latihan ketenteraan bermula hari ini

Faida Rahim
Faida Rahim
13/12/2022
04:00 MYT
Jin BTS sertai latihan ketenteraan bermula hari ini
Jin dijangka ditempatkan di unit barisan hadapan tentera dan secara keseluruhannya Jin bakal menjalani latihan ketenteraan selama 18 bulan. - Foto weverse.io/bts
SEOUL: Anggota kumpulan BTS, Jin memulakan latihan ketenteraan hari ini di mana dia ditempatkan di kem latihan di Yeoncheon, Gyeonggi-do, Korea Selatan selama lapan minggu.
Jin atau nama sebenarnya Kim Seok Jin, berkongsi foto potongan rambut terbaharunya di ruangan komuniti peminat.
“Kelihatan lebih comel daripada yang saya harapkan,” tulisnya di kapsyen.
Jin memilih potongan kemas yang sangat pendek dengan memakai t-shirt hitam.
Difahamkan, Jin dijangka ditempatkan di unit barisan hadapan tentera dan secara keseluruhannya Jin bakal menjalani latihan ketenteraan selama 18 bulan.
Oktober lalu, kumpulan K-pop terkenal itu mengumumkan akan menyertai perkhidmatan ketenteraan bermula dengan Jin.
Pihak pengurusan HYBE sebelum ini memaklumkan, kesemua ahli kumpulan itu merancang untuk meneruskan projek individu dan bergabung semula pada 2025 selepas mereka selesai menyertai latihan tersebut.
Warganegara lelaki Korea Selatan yang sihat tubuh badan berumur antara 18 dan 28 mesti berkhidmat dalam tentera antara 18 dan 21 bulan sebagai sebahagian daripada usaha untuk mempertahankan diri daripada Korea Utara.
Untuk rekod, isu tentang penglibatan BTS dalam latihan ketenteraan sebelum ini sering menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan peminat.
Pihak kerajaan Korea Selatan sebelum ini dikatakan sedia memberi pengecualian kepada ahli kumpulan ini daripada menyertai program berkenaan atas dasar kejayaan dalam bidang seni yang telah dicapai.
Topic Berkaitan
#BTS
#Korea Selatan
#Jin BTS
#latihan ketenteraan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan