JJ Abrams pengarah filem terbaru Star Wars

Astro Awani
Januari 25, 2013 09:32 MYT
Akhirnya tugas pengarah untuk filem Star Wars ke tujuh sudah terjawab.
Seminggu selepas Zack Snyder nafi mengarahkan filem itu, JJ Abrams diumumkan sebagai pengarahnya.
Filem itu yang dilaporkan berjudul "Episode 7" dijadualkan menemui peminat pada 2015.
Star Wars merupakan siri filem sains fiksyen popular ciptaan George Lucas yang telah menjual hak ciptanya kepada Walt Disney Company pada 30 Oktober 2012.
Jurucakap Abrams, Disney dan Lucasfilm bagaimanapun masih belum membuat sebarang pengesahan.
Sebaik sahaja berita ini tersebar, hashtag #JJAbrams dan #Star Wars menjadi topik utama perbualan di Twitter.
Abrams sebelum ini pernah menyuarakan tidak berminat untuk mengarahkan Star Wars tetapi ramai yang berpendapat dia merupakan calon terbaik.
Filem terbaru Abrams, Star Trek: Into Darkness bakal ditayangkan pada 17 Mei dan dia juga menyuarakan minat untuk mengarahkan filem tentang pelumba basikal Lance Armstrong.
#george lucas #JJ Abrams #Star Wars #walt disney