awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Joe Flizzow dan SonaOne larikan diri daripada sekatan polis?

Gempak
Gempak
11/08/2015
08:01 MYT
Joe Flizzow dan SonaOne larikan diri daripada sekatan polis?
Joe Flizzow dan Malique berkolaborasi untuk menyampaikan lagu Evo sentuhan komposer Audi Mok. - Gambar fail
Kecoh jadinya apabila orang mula bercakap tentang penyanyi Joe Flizzow dan SonaOne didakwa cuba melarikan diri daripada sekatan polis di jalan raya.
Lazimnya jika itu berlaku, pasti ada sesuatu kesalahan yang hendak disembunyikan daripada pihak berkuasa. Namun, apa pula yang telah dilakukan oleh mereka sehingga cuba berbuat demikian?
Tanda tanya itu terjawab akhirnya apabila insiden itu adalah sebahagian daripada lirik lagu Joe Flizzow dan SonaOne diberi kepercayaan untuk membawakan lagu tema filem Polis Evo terbitan Astro Shaw.
Lagu yang berjudul Evo tersebut mendapat sentuhan magis komposer terkenal iaitu Audi Mok. Ia berentak rancak yang sesuai menjadi halwa telinga pendengar untuk menikmati bait liriknya sehingga ke minit terakhir.
Difahamkan, lagu itu bersesuaian dengan filem Polis Evo yang cuba mengangkat martabat, tema kehidupan dan cabaran sebagai anggota polis.
Pembikinan muzik video Evo hanya mengambil masa lebih kurang dua minggu untuk disiapkan dan telahpun dimuat naik ke laman perkongsian YouTube sejak 2 Ogos lalu.
Lebih menarik, tidak sampai seminggu muzik video Evo telah mendapat 57,000 tontonan dengan 734 ‘Like’.
Terbaru, lagu Evo kini berada di tangga 31 Carta Era 40 Undi dan dijangka akan sering diputarkan atas permintaan para pendengar radio Era FM.
Topic Berkaitan
#Evo
#Joe Flizzow
#lagu tema
#polis evo
#SonaOne
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan