HIBURAN

Joe Flizzow dipilih sertai kempen adidas, angkat budaya jalanan Malaysia ke persada dunia

Gempak 05/09/2025 | 00:20 MYT
Joe Flizzow, atau nama sebenarnya Johan Ishak, dianggap sebagai 'godfather of Malaysian hip hop'. - Foto Instagram Joe Flizzow
PENYANYI hip hop tersohor, Joe Flizzow, dipilih sebagai wajah utama untuk meraikan kempen global terbaharu adidas Originals, Superstar: The Original, yang kini singgah di Pavilion Kuala Lumpur.

Acara pop-up bertemakan Superstar ini bukan sekadar memperkenalkan kempen musim luruh adidas di Malaysia, malah turut menonjolkan barisan artis tempatan dalam mengangkat budaya jalanan.

Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak itu dianggap sebagai ‘godfather of Malaysian hip hop’ dan kerjasama bersama adidas Originals disifatkan sebagai satu lembaran baharu dalam mengangkat suara anak seni tempatan ke persada dunia.

“Superstar ialah tentang menjadi diri sendiri, berani menonjol dan memberi inspirasi kepada orang lain. Saya bangga dapat mewakili Malaysia dalam gerakan global ini serta berkongsi pentas dengan bakat-bakat tempatan yang bakal mencorak generasi seterusnya,” katanya.

Selain Joe, acara di Pavilion Kuala Lumpur itu turut menampilkan barisan artis popular seperti Ismail Izzani, DOLLA, Lil J, Julia Duclos, Elva Suyan dan Aziz Harun melalui persembahan secara langsung dan sesi interaktif bersama peminat.

Pengunjung juga berpeluang merasai pelbagai aktiviti menarik seperti Superstar Soundbooth, permainan interaktif basketball shootout serta Dance Dance Revolution

Kempen global Superstar tahun ini turut menampilkan barisan ikon antarabangsa seperti Samuel L. Jackson, Missy Elliott, Mark Gonzales, Anthony Edwards, GloRilla, Teezo Touchdown, JENNIE dan Gabbriette.

Produk ikonik seperti kasut Superstar dan set Firebird Tracksuit turut kembali dengan rekaan klasik, dijual bermula harga RM399 sehingga RM569 di butik adidas terpilih termasuk Pavilion KL dan The Exchange TRX.







#Joe Flizzow #Superstar The Original #Pavilion Kuala Lumpur #adidas