INI pastinya berita yang bakal memberi keterujaan buat peminat filem DC.

Joker Movie baru sahaja sebentar tadi berkongsikan poster terbaharunya kepada umum.

Pendedahan tersebut dibuat menerusi Pameran Cinema Con di Caesar Palace, Las Vegas.

Yang lebih mengujakan, laman Twitter rasmi Joker Movie juga mengesahkan akan melancarkan trailer terbaharu filem itu pada Khamis.


Filem ini bakal dibintangi Joaquin Phoenix, Robert De Niro, Zazie Beetz, Bill Camp dan Frances Conroy.

Filem terbitan Warner Bros Pictures ini akan mula ditayangkan pada 4 Oktober, 2019.

Joker arahan Todd Phillips dijangka mencantas kutipan filem DC yang lain seperti Aquaman dan Shazam.