Jom tonton Didi & Friends: #DudukRumahChallenge Menari Bersama Issabelle, Menari Ceria Megastar!

Gempak
April 3, 2020 01:25 MYT
Jom tonton Didi & Friends: #DudukRumahChallenge Menari Bersama Issabelle & #DudukRumahChallenge Cabaran Menari Ceria Megastar!
PASTINYA tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan oleh kerajaan sehingga 14 April ini membuatkan ibu bapa kering idea untuk menghiburkan anak-anak mereka di rumah.
Kepada ibu-bapa di luar sana, apa kata anda hiburkan anak-anak dengan menonton Didi & Friends: #DudukRumahChallenge Menari Bersama Issabelle dan #DudukRumahChallenge Cabaran Menari Ceria Megastar!
Akan mula bersiaran hari ini, anak-anak dapat berhibur dan belajar dengan tips-tips yang dikongsikan oleh adik Issabelle dan peserta Ceria Megastar sambil menari dengan lagu Didi & Friends.
Selain menghiburkan kanak-kanak dengan video tarian dengan lagu-lagu Didi & Friends, meningkatkan kesedaran mengenai cara untuk mencegah wabak COVID-19, mendidik anak-anak mengenai kebersihan diri serta banyak lagi!
Jangan lupa saksikan #DudukRumahChallenge Menari Bersama Issabelle dan #DudukRumahChallenge Cabaran Menari Ceria Megastar bermula 3 April sehingga 12 April, jam 3 petang di Astro Ceria dan Ceria HD!
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!
#anak #Astro Ceria #Ceria Megastar #duduk rumah #hiburan #ibu bapa #Issabelle #menari #perintah kawalan pergerakan #PKP #tarian #video