HIBURAN

Journey tutup tirai 50 tahun melalui konsert perpisahan Final Frontier

Astro Awani 07/11/2025 | 09:20 MYT
Journey ditubuhkan pada tahun 1973 dan telah menjual lebih 100 juta album di seluruh dunia. -Foto Instagram journeyofficial
KUMPULAN rock klasik terkenal Amerika Syarikat, Journey, umum akan menamatkan perjalanan muzik mereka menerusi konsert jelajah perpisahan bertajuk Final Frontier Tour, selepas lebih lima dekad mencipta lagu-lagu ikonik.


Ringkasan AI
  • Kumpulan rock Amerika Syarikat, Journey, mengumumkan jelajah perpisahan Final Frontier Tour selepas lebih 5 dekad mencipta lagu ikonik.
  • Jelajah akan bermula pada 28 Februari 2026 di Hershey, Pennsylvania, merangkumi 60 bandar di Amerika Syarikat dan Kanada hingga 2 Julai.
  • Semua konsert dijadualkan sebagai A Special Evening With Journey, tanpa artis pembuka tirai.


Jerayawara dijadual bermula pada 28 Februari 2026 di Hershey, Pennsylvania dan seterusnya ke 60 bandar di Amerika Syarikat dan Kanada hingga 2 Julai.

Semua konsert akan dipersembahkan sebagai A Special Evening With Journey, tanpa artis pembuka tirai.

Gitaris dan pengasas kumpulan, Neal Schon, 71, berkata jerayawara ini merupakan penghargaan kepada para peminat yang telah menyokong mereka sejak awal penubuhan.

“Ini adalah kejayaan penuh terhadap muzik yang telah menyatukan kita semua — daripada lagu popular, karya mendalam, tenaga, dan persembahan yang luar biasa.

“Walaupun ini penamat kepada satu bab penting dalam sejarah Journey, saya belum bersara. Semangat muzik masih membara dan saya akan terus berkarya,” tambahnya.

Journey ditubuhkan pada tahun 1973 dan telah menjual lebih 100 juta album di seluruh dunia.

Mereka terkenal dengan lagu-lagu seperti Don’t Stop Believin’, Faithfully, Open Arms, Any Way You Want It dan Separate Ways (Worlds Apart).

Kumpulan ini telah dimasukkan ke dalam Rock & Roll Hall of Fame pada tahun 2017.

Barisan semasa Journey terdiri daripada Neal Schon, Jonathan Cain, Arnel Pineda, Jason Derlatka, Deen Castronovo, dan Todd Jensen.

Pineda, yang menyertai kumpulan itu pada 2007 sebagai vokalis, menyifatkan setiap malam di pentas sebagai impian yang menjadi kenyataan.

Tiket akan mula dijual kepada umum pada 14 November 2025 jam 10 pagi waktu tempatan melalui Ticketmaster dan laman rasmi Journey.









Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah tarikh mula dan tamat jelajah perpisahan kumpulan rock Journey?
    A: Jelajah perpisahan kumpulan rock Journey akan bermula pada 28 Februari 2026 di Hershey, Pennsylvania dan berakhir pada 2 Julai setelah melalui 60 bandar di Amerika Syarikat dan Kanada.
  • Q: Siapakah gitaris dan pengasas kumpulan Journey?
    A: Gitaris dan pengasas kumpulan Journey adalah Neal Schon, yang kini berusia 71 tahun.
  • Q: Apakah lagu-lagu ikonik yang terkenal dikaitkan dengan kumpulan Journey?
    A: Beberapa lagu ikonik kumpulan Journey termasuk Don't Stop Believin', Faithfully, Open Arms, Any Way You Want It, dan Separate Ways (Worlds Apart).
  • Q: Berapakah jumlah album yang telah dijual oleh kumpulan Journey di seluruh dunia?
    A: Kumpulan Journey telah menjual lebih daripada 100 juta album di seluruh dunia.
  • Q: Bagaimanakah penonton boleh mendapatkan tiket untuk konsert perpisahan kumpulan Journey?
    A: Tiket untuk konsert perpisahan kumpulan Journey akan mula dijual kepada umum pada 14 November 2025 jam 10 pagi waktu tempatan melalui Ticketmaster dan laman rasmi Journey.



#journey #jelajah perpisahan #Final Frontier Tour #lima dekad berkarya