[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
ENTERTAINMENT

Jovian Mandagie bakal dedah nama anak sulungnya

Astro Awani 03/11/2017 | 08:02 MYT
Jovian dan isteri Nina akan mendedahkan nama anak perempuan sulung mereka dalam tempoh tujuh hari.
Pereka fesyen terkenal tempatan Jovian Mandagie bakal mendedahkan nama anak perempuannya selepas berusia tujuh hari.
Perkara itu diberitahu Jovian menerusi akaun Instagramnya pada Jumaat.
Jovian dan Nina Ismail Sabri menimang cahaya mata pada Rabu turut meminta pengikut IGnya untuk meneka nama anaknya yang bermula dengan huruf ‘J’.
Menerusi entri tersebut juga, Jovian memberitahu buat masa ini dia menggelarkan anaknya dengan nama ‘Princess Mandagie’.
Pasangan itu, berkahwin pada Disember 2013 yang lalu.
Anak perempuan sulung bermula dengan huruf J.
#anak #anak sulung #ismail sabri yaakob #Jovian Mandagie #nama #Nina Ismail Sabri #Princess Mandagie