REZEKI tak pernah salah alamat, itulah ungkapan sesuai diberikan kepada pelawak Ali Puteh yang kini merupakan duta pembekal ayam mentah jenama Red Grocer.
Namun disebabkan kontroversinya sebelum ini, pastinya ada kata-kata negatif yang dilontarkan kepadanya.
Tidak cepat melatah, Ali bagaimanapun menjelaskan keputusannya untuk menceburi bidang perniagaan adalah kerana minat.
Bukan seperti dakwaan ramai iaitu untuk membayar wang yang telah diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap bekas balu abangnya, Siti Nor Hidayah Mohd Ali.
“Saya hanya boleh cakap tak mengapa terima kasih banyak, sebab mahu memberikan fokus pada kerja dan perniagaan ini.
“Fokus perniagaan ini lebih kepada fardu kifayah, jadi saya akan gunakan peluang ini sebaik mungkin kerana saya juga ada perut yang perlu diisi iaitu keluarga saya.
“Orang boleh berkata apa sahaja namun saya tetap dengan pendirian saya untuk terus maju ke depan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta di Kilang Red Grocer, Johor Bahru, baru-baru ini.
Mengulas mengenai perlantikannya sebagai duta, Ali menyatakan rasa syukur kerana diberi peluang dan kepercayaan oleh pihak Red Grocer untuk menjalankan tanggungjawab tersebut.
“Dunia baru Ali maknanya tutup buku lama dan saya ke depan dengan satu matlamat iaitu dengan fardu kifayah, ayam bersih, disembelih dengan cara yang halal dan mengikut syarak.
“Tutup buku lama, buka buku baru, terus maju ke hadapan. Jadi saya sangat merendah diri dan juga bersyukur dengan peluang yang diberikan.
“Berniaga tidak bermakna saya akan berhenti dari bidang seni, jika diberi peluang untuk bermain di pentas saya akan tetap dengan kerjaya saya sebagai anak seni.
Terdahulu, pada 18 Februari 2022, mahkamah telah memerintahkan Ali untuk membayar kos sebanyak RM60,000 kepada Hodayah kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan di akaun Instagramnya kira-kira dua dua tahun lalu.
Ali pada masa yang sama memaklumkan akan membuat rayuan di Mahkamah Tinggi berikutan terdapat beberapa fakta yang didakwa tidak tepat.
Gempak
Wed Apr 06 2022
Ali menjelaskan keputusannya untuk menceburi bidang perniagaan adalah kerana minat. - Foto Gempak
LBS terima anugerah Deloitte buat kali ketiga, bukti kepimpinan dan komitmen mampan
LBS Bina Group Berhad, syarikat terkemuka dalam sektor pembinaan dan pembangunan hartanah, berjaya merangkul Anugerah Syarikat Pengurusan Terbaik (Malaysia) 2024 oleh Deloitte.
Tiada fasiliti, stadium baharu untuk sukan SEA 2027 - Adam Adli
Kerajaan akan menaik taraf kemudahan-kemudahan sedia ada sukan untuk kegunaan pada 2027 termasuk di Sarawak.
I-Nation Global Summit 2024: Tindakan proaktif agensi, pacu ekosistem inovasi
Ketua Pegawai Ekosistem MRANTI, Safuan Zairi, berkongsi pandangan mengenai peranan strategik agensi dalam memperkukuhkan ekosistem inovasi. Pengalaman luas beliau dalam memacu kerjasama antara sektor awam, swasta, dan akademia menjadi asas penting sesi ini, yang akan meneroka bagaimana sinergi pelbagai pihak mampu mencipta impak besar dalam menjana inovasi berteraskan misi untuk manfaat masyarakat dan negara.
Namibia pilih Netumbo Nandi-Ndaitwah sebagai Presiden wanita pertama
Dengan kemenangan Nandi-Ndaitwah, 72, sebagai Presiden terpilih, South West Africa People's Organisation (SWAPO) terus mengekalkan kuasanya di negara itu.
Pembangunan atlet: Kerajaan sedia infrastruktur, ekosistem - Adam Adli
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim memberitahu Parlimen pemilihan atlet Sukan SEA 2027 dijalankan oleh Majlis Sukan Negara dengan kerjasama persatuan-persatuan sukan yang terlibat.
Adam Adli menjelaskan pemilihan, latihan dan pembangunan atlet tidak terhad kepada KBS dan MSN, sebaliknya melibatkan persatuan-persatuan sukan dalam negara.
Adam Adli menjelaskan pemilihan, latihan dan pembangunan atlet tidak terhad kepada KBS dan MSN, sebaliknya melibatkan persatuan-persatuan sukan dalam negara.
Tiada stadium, fasiliti sukan baharu untuk Sukan SEA 2027 - Adam Adli
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim memberitahu Parlimen, Kerajaan tidak berhasrat untuk membina stadium atau fasiliti sukan yang baharu untuk tujuan Sukan SEA 2027.
Walaupun demikian, Kerajaan akan menaik taraf kemudahan-kemudahan sukan sedia ada.
Walaupun demikian, Kerajaan akan menaik taraf kemudahan-kemudahan sukan sedia ada.
AWS- Mesolitica umum kerjasama bangunkan LLM, MaLLaM
Syarikat pemula niaga Malaysia yang menumpukan latihan Model Bahasa Besar (LLM) telah membangunkan LLM kecerdasan buatan (AI) generatif bahasa Melayu yang dipanggil MaLLaM bagi perkhidmatan awannya.
Gegar Vaganza 11: Masih kekal nombor satu, Liza Aziz anggap macam "show sahaja”
Liza gembira dan berpuas hati sebab penonton menyukai persembahannya di Gegar Vaganza 11.
AWANI Pagi: Ancaman penyakit pasca banjir
AWANI Pagi 8.30 pagi akan bersama dua wakil di pantai timur, Muhafandi Muhamad dan Nur Fazlizai Ali, mengenai ancaman penyakit berisiko ketika bencana da juga persediaan menghadapi gelombang banjir kedua.
ABM's 50 Years of Impact: Fostering sustainability and socio-economic growth
This conversation delves into the association 50-year journey, highlighting their commitment to social inclusion, enriching lives, and fostering sustainable future, using real-world examples during covid to illustrate their positive socio-economic change with Executive Director of ABM (The Association of Banks in Malaysia), Dr Amina Josetta Kayani.
"Jual ayam bukan sebab..." - Ali Puteh mahu tutup buku lama
Ada mendakwa puncanya dia perlu membayar wang yang telah diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap bekas balu abangnya.