Baru-baru ini foto pengasas produk kesihatan, Datuk Aliff Syukri memakai sepasang jubah jarang berwarna putih telah menjadi viral dan mengundang persepsi negatif pelayar laman sosial.

Aliff yang terkenal dengan tagline ‘Terlajak Laris’ itu bertindak memadam foto yang mendedahkan bahagian bawah tubuhnya itu selepas menyedari ia dikutuk pelayar laman sosial.

Selepas memadam foto di akaun Instagram (IG) dan Facebook (FB), Aliff segera memohon maaf kepada para pengikutnya.

Menerusi tulisannya, Aliff mengaku tidak perasan foto yang dimuatnaik itu menampakkan jubah yang dipakainya menjadi jarang selepas terkena cahaya matahari.

Aliff Syukri

Dia turut mengaku cuai kerana terlalu ghairah untuk mengemaskini IGnya, walaupun sedang sibuk ketika itu.

“Maafkan kekhilafan sebentar tadi..saya memang tak perasan gambar yang di upload sebab terlalu busy saya main update sahaja..Gambar terlanjur tadi kelihatan seperti itu kerana pencahayaan harap semua tidak memperbesarkan perkara ini.."

Memohon agar perkara tersebut tidak diperbesarkan, Aliff turut memuat naik sekeping foto lain yang lebih sopan, bersama permohonan maafnya itu.

Para pengikut di IG dan FB menyambut baik huluran maaf dari Aliff disamping berpesan supaya usahawan berjaya itu lebih berhati-hati pada masa akan datang. -- Astro Gempak