HIBURAN
'Jumpa kami di Rockology esok!' - Awie sahkan konsert di Johor berjalan seperti dirancang
Awie (tengah) dan Search (Kid & Din) akan menggegarkan pentas Rockology Concert Tour 2025 dengan persembahan yang mengimbau era rock 80-an dan 90-an. -Foto RPM Events
PERSEMBAHAN Rockology Concert Tour 2025 yang dijadualkan berlangsung Sabtu, 5 Julai, di EduCity Sports Complex, Iskandar Puteri akan diteruskan seperti dirancang.
Ringkasan AI
Dalam satu kenyataan hari ini, penyanyi rock terkemuka Datuk Awie bersama penganjur RPM Events menafikan khabar angin yang tersebar di media sosial berhubung pembatalan konsert di Johor dan menegaskan bahawa segala persiapan berjalan lancar.
“Saya rasa ramai yang tak sabar nak hidupkan malam rock itu dan nak kembalikan nostalgia 80an dan 90an di Johor bersama kami nanti.
"Walau apa pun yang berlaku, kami tetap akan gegarkan EduCity seperti yang dijanjikan. Insya-Allah. Jangan percaya cakap-cakap kosong.
"Jumpa kami di Rockology, 5 Julai 2025 nanti – bawa semangat rock tu sekali, kita nyanyi sama-sama,” kata Awie.
Konsert yang menghimpunkan ikon rock tanah air Awie dan Search (Kid & Din) itu dijangka menggegarkan selatan tanah air dengan persembahan eksklusif yang mengimbau era kegemilangan rock 80-an dan 90-an.
Difahamkan konsert itu kini dalam persiapan akhir membabitkan bahagian teknikal dan keselamatan.
Desas-desus pembatalan konsert di Iskandar Puteri ini dipercayai ekoran satu lagi venue konsert sama di Midtown PERDA, Pulau Pinang pada 21 Jun yang ditunda ke satu tarikh lain atas sebab-sebab teknikal.
Sementara itu, Pengarah RPM Events, Datuk Eddy dalam kenyataan sama berkata pihaknya komited untuk memberikan pengalaman konsert yang luar biasa melalui persembahan bertenaga di pentas Rockology.
“Rockology bukan sekadar konsert—ia adalah gerakan untuk menghidupkan semula semangat rock sejati.
"Kami komited untuk memberikan pengalaman konsert yang luar biasa, dan kami ingin merakamkan penghargaan atas kepercayaan serta sokongan daripada semua pihak, termasuk peminat dan para penaja,” kata Eddy.
Sebagai inisiatif promosi, peminat yang membeli tiket berpeluang mendapat satu tiket percuma dengan setiap lima tiket yang dibeli dalam satu transaksi.
Tambah Eddy, pemegang tiket juga berpeluang memenangi pendrive edisi khas berisi rakaman sesi latihan eksklusif bersama Awie dan Search Kid Din.
Konsert akan bermula jam 8 malam dan tiket boleh didapati secara dalam talian melalui pautan https://rpm.ubertickets.asia/johor atau di laman media sosial rasmi RPM Events.
Ringkasan AI
- Persembahan Rockology Concert Tour 2025 akan diteruskan seperti dirancang pada 5 Julai di EduCity Sports Complex, Iskandar Puteri, walaupun terdapat khabar angin pembatalan.
- Awie dan Search (Kid & Din) akan menggegarkan pentas dengan persembahan yang mengimbau era rock 80-an dan 90-an, disokong oleh pasukan teknikal dan keselamatan yang sedang giat membuat persiapan akhir.
- Penganjur menawarkan promosi tiket dan hadiah eksklusif kepada pemegang tiket, dengan konsert bermula jam 8 malam dan tiket boleh dibeli secara dalam talian melalui laman rasmi RPM Events.