Jungkook BTS lulus sarjana, dapat anugerah khas dari universiti

Agensi
Mac 3, 2022 04:11 MYT
Meskipun tidak dapat hadir upacara graduasinya, Jungkook sempat merakamkan ucapan penerimaan dan penghargaan. - Twitter @JJK_Times
WALAUPUN sibuk sebagai bintang, bukan halangan untuk menyambung pengajian ke peringkat tinggi.
Itu yang dibuktikan oleh anggota termuda BTS, Jungkook, yang akhirnya berjaya memperoleh ijazah sarjana bidang penyiaran dan hiburan dari Global Cyber University.
Allkpop melaporkan, upacara graduasi diadakan pada hari ini namun Jungkook tidak dapat menghadirinya. Meskipun begitu, Jungkook telah merakam video ucapan penerimaan ijazah itu berserta ucapan penghargaan.
Jungkook menerima anugerah khas President Award dari Global Cyber University pada hari konvokesyen berkenaan.

Jungkooks video message sent to the graduation ceremony Hello, I'm Jeon Jungkook of BTS. Today Im graduating from Global Cyber University, Department of Broadcasting & Entertainment. (*He also mentions his hakbeon as 2017, which means the year of his admission.) pic.twitter.com/oegz29TvU4

— Jungkook TimesStay Alive OUT NOW (@JJK_Times) March 3, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya rasakan bahawa belajar adalah hal yang menyenangkan untuk dilakukan. Ia suatu yang menakjubkan. Saya harap kita tidak sia-siakan peluang dan terus mencapai matlamat," katanya dalam ucapan itu, sambil menambah perasaannya bercampur-baur antara bersemangat dan juga emosional.
Bintang itu turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada graduan lain yang bersama-sama menerima ijazah pada hari tersebut.
Kejayaan Jungkook itu sekali gus mencetus perbualan hangat dalam kalangan peminatnya, hingga menyebabkan namanya menjadi sohor di topik perbincangan di Twitter sejak pagi Khamis.
Perkembangan itu pastinya membuatkan jutaan ARMY, yang sentiasa menjadi penyokong kuat setiap perkembangan anggota BTS, menyampaikan ucapan tahniah yang mencurah-curah kepada Jungkook.
Pencapaian Jungkook melengkapkan rekod kesemua anggota BTS yang sebelum ini terlebih dahulu menyambung jurusan ijazah dalam bidang pengajian yang dipilih mereka.
#Jungkook #ijazah sarjana #BTS #BTS ARMY