awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kabir Bhatia mahu beri kelainan dalam filem Talbis Iblis

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
23/09/2022
01:30 MYT
Kabir Bhatia mahu beri kelainan dalam filem Talbis Iblis
Kabir (paling kanan) bersama dua pelakon utama, Nasha Aziz (tengah) dan Azira Shafinaz. - Foto Instagram/Jazzy Pictures
KUALA LUMPUR: Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke 31, Kabir Bhatia, kembali dengan buah tangan baharu, sebuah filem bergenre seram berjudul Talbis Iblis.
Filem itu sebelum ini sudah menempa sejarah tersendiri apabila ditayangkan di Far East Film Festival di Itali dan Bucheon International Fantastic Film Festival di Korea Selatan.
Biarpun sudah pernah mengarahkan karya dalam genre yang sama sebelum ini, Kabir menyifatkan Talbis Iblis mempunyai cabaran tersendiri, apatah lagi dalam memastikan filem itu dapat bersaing dalam pasaran filem tempatan yang semakin rancak.
"Ia banyak bergantung kepada masa, penonton juga mempunyai kehendak yang luar biasa, jadi ia memang cabaran untuk kami pembikin filem.
"Filem ini bukan sesuatu yang biasa tetapi dalam masa yang sama mempunyai struktur tersendiri, itu yang membuatkan saya gementar. Cabarannya adalah menghasilkan sesuatu yang berbeza tetapi masih mampu diterima. Ia juga sebuah trilogi, di situ juga sudah ada satu cabaran.
"Tambahan pula dengan tajuk yang diberikan, harus dilihat pada konteks siapa yang menipu siapa," kata Kabir ketika ditemui dalam sidang media pelancaran filem berkenaan, pada Khamis.
Talbis Iblis mengisahkan Hajar, lakonan Azira Shafinaz, yang terpaksa melarikan diri dari Kuala Lumpur selepas hamil luar nikah dan tinggal bersama seorang bidan, Mak Ju, lakonan Nasha Aziz. Namun tanpa disangka, Mak Ju sebenarnya mempunyai agenda tersendiri.
Selain Azira dan Nasha, filem yang diterbitkan dengan kerjasama empat syarikat penerbitan termasuk Infinitus Gold dan Astro Shaw ini turut dibintangi Zul Ariffin, Amir Nafis, Jay Iswazir, Sherie Merlis dan ramai lagi.
Ia akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 20 Oktober ini.
Topic Berkaitan
#Kabir Bhatia
#Talbis Iblis
#Far East Film Festival
#Bucheon International Fantastic Film Festival
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan