Kad kredit lama biasanya akan dipotong dan dibuang - tetapi tidak kad milik Kurt Cobain, vokalis kumpulan rock lagenda Nirvana.

Kad kredit Visa peribadi Cobain bakal dibida di laman web, Paddle8.com sebagai memperingati koleksi memorabilia 'Legendary Memorabilia from Rock Gods & Pop Stars'. Kad kredit Seafirst BankCard Visa dan pemegang kad kredit, 'King of Clubs, Slot Club' akan turut dibida, lapor majalah hiburan, RollingStone.

Menariknya, Cobain menandatangani kad kredit tersebut menggunakan pen dakwat biru dan mencatit nombor telefon di belakang kad itu yang luput tarikh pada Februari, 1995, setahun sebelum beliau meninggal dunia. Cobain yang merupakan seorang komposer berbakat itu meninggal dunia pada April 5 1996 pada usia 27 tahun akibat ketagihan dadah.

Bidaan yang akan ditutup pada Februari 26 dianggar bakal meraih keuntungan sehingga USD9,000 dari penjualan kad kredit tersebut.

Bukan barangan koleksi Cobain sahaja yang dibida.

Peminat lagenda muzik, Frank Sinatra mungkin akan teruja dan ingin memiliki lesen memandu penyanyi bersuara 'low tone' yang turut dibida di laman web itu.

Lesen memandu tersebut luput pada tahun 1945 dan merupakan sekeping kadbod yang memaparkan tandatangan penyanyi tersebut yang pada ketika itu berusia 28 tahun. Lesen tersebut memaparkan alamat rumah Sinatra yang terletak di Hasbrouck Heights, New Jersey, Amerika Syarikat.

Bidaan yang akan ditutup pada Februari 26 dianggar bakal meraih keuntungan USD8,000 sehingga USD9,000.

Paddle8.com menggangarkan bakal meraih sejumlah USD10,000 dari penjualan lesen memandu Sinatra!