awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kajol dakwa berdepan ujian terberat, hapus semua foto, rehat dari media sosial

Gempak
Gempak
10/06/2023
03:56 MYT
Kajol dakwa berdepan ujian terberat, hapus semua foto, rehat dari media sosial
-Sedang berhadapan ujian paling berat dalam hidup,- tulis Kajol ringkas. - Gempak
PESOHOR Bollywood, Kajol membuat kejutan kepada warganet dan peminat apabila mengumumkan berehat daripada dunia media sosial.
Pengumuman tersebut dibuat menerusi platform Instagram dan Twitter miliknya pada Jumaat.
Aktres kesayangan ramai itu dilihat membuat hantaran dengan berlatarbelakangkan warna hitam dan kenyataan mengapa dia memilih untuk berehat daripada media sosial.
“Sedang berhadapan ujian paling berat dalam hidup,” tulisnya.
Bintang Dilwale Dulhania Le Jayenge itu mempunyai 14.4 juta pengikut di Instagram. Wanita berusia 48 tahun itu juga telah memadam kesemua foto atau hantaran yang dikongsikan kepada umum di platform sama.
Kajol sebelum ini agak aktif di media sosial terutama di Instagram apabila sering berkongsi foto dan momen keluarga termasuk bersama suaminya, Ajay Devgn, anak perempuan, Nysa dan anak lelaki mereka, Yug.
Selain itu dia juga kerap berkongsi momen throwback lakonannya dalam filem seperti Gupt and Bekhudi.
Meski tindakannya mencetuskan tanda-tanya, namun peminat tetap memberi sokongan dan kata-kata semangat agar Kajol mampu melewati fasa sukar dan kekal positif.
Dia akan muncul dalam siri terkini Netflix, India’s Lust Stories 2, sebuah antalogi yang diarahkan oleh Sujoy Ghosh, Konkona Sensharma, R Balki dan Amit R Sharma. -- Gempak
Topic Berkaitan
#Kajol
#Bollywood
#padam media sosial
#Ajay Devgn
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan