"Kak Aza seorang ibu yang kuat, tapi..." - Aiman Tino sebak

Gempak
Februari 9, 2019 09:27 MYT
Menerusi ruangan komen rata-rata memuji sikap prihatin yang ditunjukkan oleh Aiman dan mereka turut mendoakan agar Kak Aza kembali sihat serta sembuh.
PENYANYI Aiman Tino bersyukur apabila hajatnya tercapai untuk melawat peminatnya yang menghidap penyakit kanser payudara tahap empat.
Menerusi entri di Instagram (IG), Aiman berharap agar orang ramai dapat mendoakan kesihatan peminatnya yang dikenali sebagai Kak Aza semoga cepat sembuh.
"Alhamdulillah. Tercapai hajat hari ini untuk menziarah Salah seorang yang Aiman dah kenal 2 tahun.
"Seorang ibu yang kuat, yang selalu cuba memenuhi permintaan anaknya untuk datang event-event Aiman dulu.
BACA: "Sebab ramai kata muka kami sama, mak restu kami tinggal sekali" - Aiman Tino
BACA: 'Saya dah tak yakin nak menyanyi seperti dulu' - Aiman Tino
"Tapi sekarang dia mengidap kanser payudara stage 4. Minta jasa baik yang baca, dapat mendoakan semoga Kak Aza kembali sembuh seperti dulu.
"Sama-sama kita doakan okay. Terima Kasih," tulisnya.
Menerusi ruangan komen rata-rata memuji sikap prihatin yang ditunjukkan oleh Aiman dan mereka turut mendoakan agar Kak Aza kembali sihat serta sembuh daripada penyakit yang dihadapinya itu.
#Aiman Tino #berita Malaysia #Instagram #kanser #kesihatan #peminat #penyanyi