HIBURAN

Kaki dipijak: "John Terry ingat saya ni 'pro player' ke?" - Tomok

Astro Arena 23/07/2025 | 05:15 MYT
Tomok berkongsikan momen ketika kakinya dipijak legenda Liga Perdana Inggeris (EPL), John Terry, baru-baru ini. - Stadium Astro
PENYANYI negara, Shah Indrawan Ismail atau turut dikenali sebagai Tomok, berkongsikan momen ketika kakinya dipijak legenda Liga Perdana Inggeris (EPL), John Terry, baru-baru ini.


Ringkasan AI
  • Penyanyi Tomok berkongsi pengalaman lucu kakinya dipijak oleh legenda EPL, John Terry, semasa perlawanan Zurich Liga 7X7 All Stars di Stadium Cheras.
  • Pasukan Bangsa Bola yang dipimpin Terry bersama bekas pemain Liga Super Malaysia muncul juara keseluruhan kejohanan itu.
  • John Terry memuji suasana kejohanan dan berharap dapat bertanding lagi tahun depan, manakala Tomok tampil berseloroh mengenai pengalamannya sebagai pemain bukan profesional.


Kedua-dua mereka berentap dalam Zurich Liga 7X7 All Stars yang berlangsung di Stadium Cheras dengan pasukan Bangsa Bola yang dipimpin Terry, serta dibarisi bekas pemain Liga Super seperti Mahali Jasuli, Razman Roslan, Sean Selvaraj dan Sebastian Avanzini, muncul juara secara keseluruhan.

John Terry, Ryan Giggs dan Dimitar Berbatov mengetuai pasukan masing-masing berentap di satu pentas yang sama.

Dalam satu perkongsikan di laman Instagram, menyaksikan Tomok berkongsi: "Seni berat daripada John Terry, dia ingat saya ni pro player ke? Saya ini penyanyi je tau." katanya.

Begitupun, bekas pemain Chelsea itu berasa teruja dengan pengajuran kejohanan itu selain berharap pasukannya dapat mempertahankan gelara juara dalam edisi yang akan datang nanti.

"Harap-harap ia akan ada lagi tahun depan dan kami boleh kembali ke sini untuk mempertahankan trofi kami.

"Amat baik untuk kembali ke sini kerana suasananya amat hebat. Chelsea kini juara dunia dan kami muncul juara di Malaysia." katanya. -- Stadium Astro






#Tomok #john terry #kaki dipijak #Zurich Liga 7X7 All Stars