Kaki mula bengkak, peminat jangka Siti Nurhaliza bersalin tidak lama lagi

Gempak
Februari 19, 2018 06:00 MYT
Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi perkembangan terbaharu mengenai dirinya di akaun peribadi Instagram (IG).
PENYANYI tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi perkembangan terbaharu mengenai dirinya di akaun peribadi Instagram (IG) yang menunjukkan kakinya membengkak.
Siti Nurhaliza memberitahu dia yang kini hamil dalam trimester ketiga lebih selesa memakai selipar suaminya kerana keadaan kakinya itu.
Perkongsian itu mendapat perhatian daripada peminatnya yang rata-rata memberitahu ia petanda Siti Nurhaliza bakal bersalin tidak lama lagi.
Tidak kurang juga ada peminat yang turut memberi tip untuk mengurangkan bengkak di kaki ketika hamil.
Rata-rata peminat juga turut mendoakan agar proses kehamilan dan bersalin penyanyi "Aku Cinta Pada Mu" itu dipermudahkan.
Siti sebelum ini memberitahu dia bakal melahirkan puteri sulungnya itu pada Mac ini.
#bakal bersalin #Bayi Sulung #kaki bengkak #penyanyi tersohor #selipar suami #Siti Nurhaliza #trimester ketiga