Kalahkan Zac Efron, Blake Shelton lelaki paling seksi 2017

Gempak
November 15, 2017 07:32 MYT
Blake, 41, disifatkan mempunyai pesona tersendiri dan mampu membuatkan ramai hati wanita cair apabila berdepan dengannya.
MAJALAH People menyenaraikan komposer, penyanyi dan kini juri rancangan realiti The Voice, Blake Shelton sebagai lelaki paling seksi tahun 2017.
Majalah popular itu akan mengangkat ikon tersebut untuk menghiasi muka hadapan edisi November setiap tahun.
Blake, 41, disifatkan mempunyai pesona tersendiri dan mampu membuatkan ramai hati wanita cair apabila berdepan dengannya.
Hal itu terbukti apabila penyanyi Gwen Stefani sendiri jatuh hati dengan Blake ketika digandingkan dalam rancangan realiti The Voice beberapa tahun lalu.
Malah, Blake juga menempa kejayaan dalam bidang perniagaan apabila baru membuka sebuah restoran makanan segera berkonsepkan 'country' di Oklahama, Amerika Syarikat baru-baru ini.
"Blake Shelton merupakan lelaki paling seksi tahun ini dan paling penting dia sudah tidak sabar untuk menunjukkan wajahnya di edisi terbaharu People kepada Adam Levine," tulis People.
#Adam Levine #Amerika Syarikat #Blake Shelton #Gwen Stefani #Lelaki Paling Seksi #Majalah People #The Voice #Zac Afron