awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kalau ada, mereka dah berumur 20 tahun' - Vida rentas negeri ziarah pusara anak

Gempak
Gempak
15/10/2021
01:00 MYT
'Kalau ada, mereka dah berumur 20 tahun' - Vida rentas negeri ziarah pusara anak
Vida mengambil peluang kebenaran merentas negeri dengan menziarahi pusara dua orang anaknya, Allahyarham Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikri. -Instagram DS Vida
USAHAWAN kosmetik terkenal Datuk Seri Vida mengambil peluang kebenaran merentas negeri dengan menziarahi pusara dua orang anaknya iaitu Allahyarham Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikri.
Menurut Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, ini kali pertama dia menjejakkan kaki menziarahi pusara anaknya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan baru-baru ini.
Menerusi laman sosial Instagram, Vida berkongsi perjalanannya ke Tanah Perkuburan Islam Meru Raya di Ipoh untuk tatapan umum.
View this post on Instagram
A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida)
“Sewaktu itu mereka 10 tahun dan 11 tahun, dah 8 tahun mereka takde, dan mereka dikebumikan dalam satu liang lahad.
“Jadi, inilah rentas negeri pertama saya, daripada tak boleh datang ke kawasan kubur, alhamdulillah hari ini boleh datang.
“Anak saya sangat hebat, dua-dua orang ni ahli syurga tertinggi Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikri.
"Kalau ada, mereka dah berumur 20 tahun. Anak mama yang hebat,” kata Vida di dalam video itu.
Tambah Vida lagi, masih segar dalam ingatannya mengenai insiden hitam yang meragut nyawa anak-anaknya itu.
“Dua putera saya dijemput ilahi dalam satu musibah dan tragedi yang tak boleh dilupakan sepanjang hayat.
“Pemergian mereka umpama saya pun turut ‘pergi’.
"Tiga bulan saya gagah bangkit melawan kesakitan kehilangan orang yang tersayang yang pergi tak kembali.
“Anak-anak syurga saya ni sedang menunggu saya di sana untuk kembali bersatu. Tunggu mama dan doakan mama,” ujar Vida lagi.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya turut merasa sebak dan menitipkan ucapan takziah buat Vida sekeluarga.
Arwah Eddie dan Edrie meninggal dunia dalam satu kebakaran di rumah teres dua tingkat pada tahun 2013 di mana anak-anaknya ditemui di dalam bilik air.
Dalam tragedi tersebut, seorang pekerjanya turut terkorban dan dikebumikan di kampung halamannya di Bota, Perak.
*Artikel asal di Gempak
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Vida
#pusara anak-anak
#Tanah Perkuburan Islam Meru Raya
#Muhammad Eddie Zuhdie
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan