"Kalau bagitahu awal, mungkin pengakhirannya berbeza" - Sarah jawab isu Nabil Mahir

Gempak
Mac 12, 2019 09:01 MYT
Nabil mendedahkan telah membelikan sebentuk cincin buat Sarah untuk melamarnya sebelum hubungan mereka putus.
PELAKON cantik Sarah Hildebrand memberitahu dia tidak pernah dimaklumkan bahawa bekas kekasihnya, Nabil Mahir sudah membeli cincin untuk melamarnya.
Kata Sarah, seandainya Nabil memberikan petunjuk untuk melangkah ke fasa serius bersamanya, mungkin keputusan mereka untuk berpisah akan berbeza.
"Saya tidak tahu pun pasal benda itu (beli cincin), mungkin kalau diberitahu atau ada hint-hint, mungkin akan ada pengakhiran berbeza.
"Tetapi buat masa sekarang ini, perkara sudah jadi begini dan tak boleh buat apa-apalah," katanya memetik laporan Melodi baru-baru ini.
Hubungan Sarah dan Nabil berakhir selepas lima tahun bercinta.
Manakala, Nabil mendedahkan telah membelikan sebentuk cincin buat Sarah untuk melamarnya sebelum hubungan mereka putus.
Sarah juga menafikan khabar angin wujud individu ketiga yang menjadi penyebab mereka putus.
"Saya tak nak besarkan isu ini, just keep it simple. Saya nak move on dan tak nak cakap buruk pasal orang," tambahnya.
#cincin tunang #Instagram #Nabil Mahir #Sarah Hildebrand