"KALAU dua tahun lepas, Lofa buat macam ni, mungkin susah, mungkin tidak akan berjaya, mungkin lebih banyak cabaran," ujar pelakon , pengacara dan usahawan berjaya, Neelofa yang baru sahaja menandatangi kontrak bersama sebuah agensi model dan bakat antarabangsa, Established Models di London.

Kata Noor Neelofa Mohd Noor, 29, berhijab bukan alasan untuk beliau menyekat dirinya ‘terbang’ lebih tinggi dalam dunia yang diminatinya.

Apatahlah lagi, ini merupakan impiannya yang telah dirancang sejak tahun lalu.

“Sekarang, banyak benda yang sudah berubah. Kita tengok ramai ramai model berhijab yang dah break the stereotype, ramai yang sudah ke pentas peragaan, sudah jadi cover magazine, buat high end fashion, it’s all about diversity,” jelas Neelofa ketika dihubungi Astro AWANI.


Jelasnya, beliau bercita-cita untuk mengembangkan kariernya ke peringkat antarabangsa sejak tahun lalu, dan atas dorongan keluarga dan rakan-rakannya, beliau berjaya mencapai impiannya itu.

“Apa yang penting adalah memasang impiannya dahulu, lepas tu yang lain kena letak jigsaw puzzle dengan usaha-usaha kita, kena cari jalan, jangan putus asa, dan kombinasi ini sangat menarik bila ia bersama,” katanya lagi.

BACA: Hebatnya! Neelofa disambar agensi model dan bakat di London

BACA: 2019 tahun sibuk bagi saya - Neelofa

Mengulas lanjut, pengacara MeleTop ini berkata, beliau masih bertapak di Kuala Lumpur walau sesibuk manapun beliau di UK khususnya London, beliau akan pulang ke Malaysia.

Tambahnya, tahun depan merupakan tahun yang mengujakan buat Neelofar Hijab.

Beliau harus sentiasa ada untuk syarikat dan perlu bekerja lebih keras dan harus membahagikan waktu sebaiknya – karier di Eropah, karier di Malaysia dan perniagaan di Malaysia.

“Impian saya adalah bila saya boleh jual nama saya di pentas antarabangsa, pada masa sama saya nak buat brand saya pun boleh bergerak kearah yang sama.

"Sebab tu saya terpaksa struktur semula syarikat - the internal thing and everything. InsyaAllah bulan depan kita dan separuh ada pasukan baharu untuk Neelofar Hijab supaya kedua-dua ini, Neelofa dan Neelofar Hijab saya boleh bawa bersama-sama.”