awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Saintis berjaya ekstrak DNA Leonardo da Vinci daripada karya seni
Titi gantung Lata Rek: ICU JPM akan bincang dengan agensi teknikal esok
Kerajaan pantau risiko geopolitik global terhadap harga minyak - KSU Perbendaharaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Kalau sayang isteri bukan dengan mengahwini perempuan lain" - Anzalna

Gempak
Gempak
22/08/2023
16:28 MYT
"Kalau sayang isteri bukan dengan mengahwini perempuan lain" - Anzalna
Anzalna menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya menyatakan jika seorang suami menyayangi isterinya, cukuplah dengan cara menjaga perasaan bukannya berkahwin dua. - Gambar Gempak
Pelakon, Anzalna Nasir menyuarakan pendapatnya berhubung isu poligami tular membabitkan abang Tesla.
Anzalna menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya menyatakan jika seorang suami menyayangi isterinya, cukuplah dengan cara menjaga perasaan bukannya berkahwin dua.
“Hidup ini tak perlu mengharapkan lelaki! Berpoligami? Kadang perempuan nampak macam reda tapi dalam hati hanya dia sahaja yang tahu.
“Kalau sayang isteri cukuplah jaga hati dan perasaan bukan dengan mengahwini perempuan lain. Perempuan kalau dah sayang sanggup buat apa sahaja untuk yang tercinta!
“Balas lah yang sama, hargailah isteri, kerana banyak pengorbanan yang kami dah lakukan. Awas @hanif_zaki” tulisnya sambil memberi amaran kepada suaminya, Hanif Zaki.
Dalam pada itu, Anzalna juga berpesan kepada suaminya jangan sesekali memasang niat untuk beristeri dua.
“Tiba-tiba buka album kahwin sebab nak ingatkan @hanif _zaki berapa dia spent untuk berkahwin dengan I dan betapa cantiknya I waktu kahwin sampai viral! hahahhah.
“Tak payah sibuk nak beristeri dua! I pun you tak boleh nak handle! hahahhahahahahhahhaha Emosi lah bila tengok benda viral suami tak hargai isteri!,” coretnya.
Terdahulu, Abang Tesla menerima kritikan hebat dalam kalangan netizen selepas memuat naik video yang menunjukkan isteri pertamanya bersetuju untuk dia berkahwin dua.
Ramai memberikan respon negatif terhadap tindakannya itu, dan tidak kurang ada juga yang kecewa kerana Abang Tesla menjadikan kisahnya mendirikan rumah tangga buat kali kedua sebagai kandungan media sosial. - Gempak
Topic Berkaitan
#Instagram
#media sosial
#Abang Tesla
#kalangan netizen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan