HIBURAN
Kamal Adli mahu pertahan rumah tangga, akui masih sayang Uqasha Senrose
Kamal ditemui pemberita ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Selasa. - Foto Sinar Harian
PELAKON Kamal Adli menzahirkan harapan agar rumah tangganya bersama isteri, Uqasha Senrose, masih dapat diselamatkan meskipun hubungan mereka kini berdepan ujian besar.
Ringkasan AI
Kamal, 39, ditemui pemberita ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sekitar jam 9.45 pagi Selasa berkata, kehadirannya adalah bagi menunaikan tanggungjawab sebagai suami dan bapa.
“Saya datang dengan niat baik. Saya tak ada apa pun, cuma nak selamatkan apa yang ada.
“Ini tanggungjawab saya sebagai suami dan ayah. Hari ini saya datang untuk tunaikan tanggungjawab itu. Doakan yang baik-baik saja,” katanya.
Jelas pelakon filem Abang Long Fadil 3 itu, dia tidak dapat hadir pada prosiding pertama minggu lalu kerana terikat dengan urusan kerja, namun memastikan untuk hadir kali ini.
“Hari itu saya tak dapat datang sebab ada masalah dan komitmen kerja. Jadi hari ini saya pastikan saya datang,” ujarnya.
Kamal mengakui, situasi yang dihadapinya kini bukan sesuatu yang mudah apatah lagi ini kali pertama dia menjejakkan kaki ke mahkamah bagi urusan rumah tangga.
“Saya 'nervous' sebenarnya. Tak pernah sampai tempat macam ini. Benda ini tak 'best' langsung. Saya tak gembira pun, tapi saya datang sebab nak perbetulkan keadaan,” katanya.
Ditanya mengenai komunikasi dengan Uqasha, Kamal memberitahu hubungan mereka kini agak terbatas dan hanya dilakukan melalui peguam.
“Sekarang hanya melalui peguam saja. Ada beberapa sekatan yang dilakukan… maksudnya ada ‘road block’ lah, susah nak sampai. Jadi kami hanya berhubung melalui surat-menyurat saja. Macam zaman dulu pula rasanya,” selorohnya.
Dia turut mengakui disekat oleh isterinya sejak hujung September lalu.
“Sejak 27 September. Dah lama juga. Biasalah perempuan merajuk. Tapi saya tetap cuba untuk perbaiki,” katanya.
Dalam pada itu, Kamal berkata, dia masih mempunyai akses untuk bertemu anak mereka, namun dalam keadaan terbatas.
“Ada, tapi terhad. Anak sekarang tinggal dengan ibu Uqasha, jadi akses agak terbatas. Tapi saya sedang usahakan supaya boleh berjumpa seperti biasa,” katanya lagi.
Kamal hadir ke mahkamah ditemani peguam syarie, Abdul Hadi Mohd Salleh, serta seorang rakan baik.
Untuk rekod, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, 33, memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 1 Oktober lalu.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam majlis pernikahan di Janda Baik, Pahang, dan dikurniakan seorang anak perempuan, Hawra Uqaira. -- Sinar Harian
Ringkasan AI
- Kamal Adli hadir ke Mahkamah Syariah dengan harapan dapat menyelamatkan rumah tangganya bersama Uqasha Senrose, meskipun hubungan mereka kini berdepan ujian besar dan komunikasi hanya melalui peguam.
- Kamal akui disekat oleh Uqasha sejak 27 September, namun tetap berusaha memperbaiki keadaan dan masih mempunyai akses terhad untuk bertemu anak mereka, Hawra Uqaira.
- Uqasha memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober, dan Kamal menyifatkan pengalaman ke mahkamah sebagai sesuatu yang sukar dan tidak menggembirakan, namun hadir atas tanggungjawab sebagai suami dan bapa.