awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengeluar komputer dijangka beralih kepada CXMT untuk bekalan memori pengguna
Valve tangguh pelancaran Steam Machine, Steam Frame akibat krisis komponen global
Suspek tular pegang parang, tunjuk jari tengah sudah ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kami dalam proses bercerai, runding hak penjagaan anak' - Hafiz Suip

Astro Awani
Astro Awani
03/01/2025
06:00 MYT
'Kami dalam proses bercerai, runding hak penjagaan anak' - Hafiz Suip
Hafiz berkata, dia berusaha untuk menyelesaikan masalah rumah tangganya itu dengan baik tanpa sebarang campur tangan pihak luar. - Gambar fail
PENYANYI Hafiz Suip mengesahkan dia dan isteri, Nureffy Jasreel Abdullah dalam proses untuk bercerai.
Hafiz yang antara lain terkenal dengan lagu Terus Bersinar itu, turut mendedahkan dia dan isteri dalam proses rundingan mengenai hak penjagaan dua anak mereka.
“Kami masih suami dan isteri cuma tidak sebumbung disebabkan dalam proses cerai.
“Kami sedang berunding hak penjagaan anak-anak,” katanya berkongsi perkembangan itu ketika ditemu bual penerbit rancangan Melodi, Michelle Wee pada Khamis malam.
Berkongsi lanjut, Hafiz berkata, dia berusaha untuk menyelesaikan masalah rumah tangganya itu dengan baik tanpa sebarang campur tangan pihak luar.
“Saya cuma nak selesaikan dengan cara yang baik tanpa ada gangguan daripada pihak-pihak yang lain. Cukup saya simpan sendiri perkara ini.
“Kalau dah memang kami sudah tiada persefahaman, saya akan lepaskan dengan cara baik.
“Tak mahu rumitkan keadaan, biarlah semuanya selesai cara baik jangan anak-anak jadi mangsa keadaan,” katanya yang mendirikan rumah tangga bersama Nureffy pada 14 Mei 2016.
Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Riyadh Zafri, 8, dan Muhammad Alkaf Zayne, 5.
Topic Berkaitan
#Hafiz Suip
#cerai
#Nureffy Jasreel Abdullah
#hak jagaan anak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan