Hotel Legoland Malaysia Resort memaklumkan pihaknya telah pun memohon maaf kepada pelakon Nora Danish dan keluarganya di atas insiden terperangkap di dalam lif yang menimpa mereka sekeluarga ketika menetap di hotel tersebut.
Menurut Pengurus Perhubungan Legoland Malaysia, Deviga Doreraja, pihaknya telah meminta maaf secara peribadi dengan Nora dan keluarganya sejurus selepas kejadian tersebut, yang berlaku pada Ahad.
Deviga turut menambah dalam satu kenyataan kepada Astro AWANI, kejadian tersebut berlaku disebabkan masalah teknikal yang melibatkan lif terbabit, yang dikatakan berhenti berfungsi di antara dua tingkat bangunan hotel itu.
Pihak hotel Legoland Malaysia Resort kini sedang bekerjasama dengan pembuat lif, Antah Schindler Sdn. Bhd. untuk mengenal pasti masalah teknikal yang menyebabkan kerosakan lif.
Deviga turut mengesahkan bahawa Pengarah Hotel, turut ada bersama Nora dan keluarganya untuk memastikan semua keperluan dipenuhi, mengikut piawaian antarabangsa hotel.
Ketika ini, pihak Legoland Malaysia sedang menyiasat dengan lebih lanjut mengenai dakwaan yang dibuat Nora dalam akaun media sosialnya.
Pada Ahad, Nora Danish memuat naik gambarnya bersama keluarga di dalam lif di hotel Legoland Malaysia Resort yang dikatakan berhenti berfungsi.
Dalam laman Instagram milik Nora, artis itu menyatakan bahawa dia, kakaknya dan seorang pengawal peribadi terperangkap dalam lif selama satu jam dan cuba menghubungi penjaga lif selama sepuluh minit sebelum dijawab.
Menurut Nora lagi, dia marah apabila penjaga lif memberikan alasan bahawa perkara sebegitu selalu berlaku kerana ia sesuatu yang sangat merbahaya.
Izza Izelan
Mon Aug 18 2014
Nora kesal dengan insiden lif di Hotel Legoland.
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Kerajaan setuju secara dasar luluskan permohonan MOTAC, SOP perlu diperincikan
Kerajaan bersetuju secara dasar untuk meluluskan permohonan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk membuka aktiviti pelancongan termasuk aktiviti outdoor.
Taman tema komited bantu kerajaan rancakkan semula pelancongan domestik
Selain mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan, taman tema tersebut juga mengehadkan kapasiti resort itu kepada 30 peratus daripada kapasiti biasa.
Tiada perbincangan jual Legoland - Khazanah
"Semua aset kami mempunyai nilai, namun jika ada pihak yang hadir menawarkan nilai hebat untuk aset kami, menjadi tanggungjawab kami untuk menilai sama ada pulangan itu baik untuk pelaburan baharu,-
PUC muncul kaunter paling aktif di Bursa
Ini susulan pengumuman cadangan untuk membeli satu pertiga saham dalam syarikat perkhidmatan pengimejan kepada Kidzania dan Legoland Malaysia.
Awal Ashaari & Sherry Al-Hadad sedih tinggalkan Famili LEGOLAND
Hos Famili LEGOLAND, Awal Ashaari dan Sherry Al Hadad sedih kerana terpaksa meninggalkan Famili LEGOLAND.
Legoland Malaysia bakal perkenal hidupan laut aquarium tahun depan
Legoland Malaysia Resort akan menonjolkan hidupan laut dalam aquarium di taman temanya di sini bagi menarik lebih ramai pelancong.
Tripadvisor: Legoland Malaysia Resort hotel nombor satu untuk keluarga
Tripadvisor Travellers' Choice 2016 memilih Legoland Malaysia Resort sebagai hotel terbaik dalam kategori hotel untuk keluarga.
Legoland Malaysia labur lebih RM6 juta untuk model Star Wars
Legoland Malaysia Resort melabur lebih RM6 juta untuk daya tarikan terbaharunya, paparan model 'Lego Star Wars Miniland.
'Simplysiti Dihati' bantu pesakit jantung kanak-kanak
Kempen Simplysiti Dihati berjaya mengutip RM57,166 dari lima lokasi yang dijalankan diseluruh negara.
Tukar Minfigure anda dengan 'Model Citizens'
Melihat Lego Minifigures anda yang sama sahaja setiap hari pasti membosankan dan mungkin anda ada terfikir untuk membeli yang baru.