[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
ENTERTAINMENT

Kanye West kata 'perhambaan' adalah satu pilihan

Azyyati Ahmad 02/05/2018 | 20:45 MYT
West dalam tweet terbarunya mempertahankan kenyataannya yang mendakwa ia telah disalah ertikan. - REUTERS/Fail
PENYANYI rap antarabangsa, Kanye West yang sebelum ini dikritik hebat kerana menyokong Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, sekali lagi mencetuskan kemarahan orang ramai.
Suami kepada bintang realiti televisyen, Kim Kardashian itu dilaporkan membuat kenyataan dalam satu temubual bersama portal hiburan TMZ bahawa 'perhambaan' adalah satu pilihan.
Bagaimanapun, West dalam tweet terbarunya mempertahankan kenyataannya yang mendakwa ia telah disalah ertikan.
Dalam satu rantaian tweet yang panjang, West berkata maksud kenyataannya adalah dia mahu agar mentaliti perhambaan dihentikan, walaupun ia pernah terjadi lebih 400 tahun dahulu.
Setiap orang katanya perlu memandang isu itu dari aspek yang berbeza meskipun ia telah diperjuangkan berkurun lamanya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#Kanye West #Kim Kardashian #mentaliti #perhambaan #Twitter