Dalam cubaan menembusi pasaran antarabangsa Karen Mok melahirkan sebuah album Inggeris.

Garapan yang diberi judul "Somewhere I Belong" itu dijangka mampu menarik perhatian peminat global.

Hampir 20 tahun dalam bidang seni, Mok sudah memiliki 15 album berbahasa Cina membintangi 40 buah filem dan merupakan pemenang Golden Melody Award untuk artis wanita terbaik.

Untuk album Inggeris ini, Mok membawakan genre jazz berbanding pop yang menjadi kebiasaannya.

2013 menandakan ulang tahun ke-20 Mok dalam industri hiburan.

Terbaru, dia ditawarkan menerajui peranan dalam filem sulung arahan Keanu Reeves, "Man of Tai Chi".

Dilahirkan di Hong Kong, penyanyi berusia 42 tahun ini merupakan artis wanita Asia pertama yang membintangi persembahan Broadway menerusi "Rent".

Dia juga selebriti Asia pertama yang melancarkan haruman sendiri dan jenama pakaian dalam.

Mok kini sedang mengikuti rangka promosi album "Somewhere I Belong" di Asia.