Kebakaran hutan di California turut menjejaskan kediaman selebriti-selebriti terkenal Hollywood, termasuk , kediaman aktor Gerard Butler dan penyanyi Miley Cyrus.

Selain itu, kemusnahan turut melibatkan pasangan Kim Kardashian – Kenye West dan Lady Gaga yang terpaksa berpindah dari rumah mereka.

Kebakaran yang bermula pada Khamis lalu itu, sehingga kini telah mengorbankan 31 nyawa, sementara 200 yang lain dilaporkan masih hilang.

Dianggarkan 250,000 penduduk terpaksa meninggalkan kediaman mereka akibat kebakaran itu.

Berikut senarai seleberiti yang terjejas akibat kebakaran tersebut:

Miley Cyrus

Penyanyi dan pelakon ini menerusi laman Twitternya memaklumkan dia bersama tunangnya Liam Hemsworth berjaya lari menyelamatkan diri dari api yang menjilat rumah mereka.

Bagaimanapun Miley memaklumkan bahawa premis itu musnah sama sekali.

Pada masa sama, Miley menggesa orang ramai dan peminatnya memberikan bantuan dari segi kewangan, tenaga serta keperluan asas kepada mangsa yang terjejas akibat kebakaran itu.



Gerard Butler

Aktor dari Scotland dan bintang 300 and Gods of Egypt memuat naik gambar kemusnahan rumahnya di Malibu dan mengucapkan terima kasih kepada anggota bomba atas keberanian mereka.

Di samping gambar itu, Butler juga memuat naik dua video di Instagram story miliknya, dengan memperlihatkan keadaan di kawasan kekediamannya.




Robin Thicke

Robin Thicke dan pasangannya April Love Geary yang ketika ini sedang hamil mendedahkan kemusnahan di kediaman mereka menerusi Instagram story.


Sehari sebelum itu, penyanyi Blurred Lines ini memuat naik gambar kepulan asap berdekatan rumah mereka di Malibu.