HIBURAN
Kejayaan besar animasi tempatan 2025
Papa Zola The Movie mencacat kutipan RM59.8 juta di Malaysia pada 2025, manakala Ejen Ali The Movie 2: Misi Satria meraih RM58.4 juta.
TAHUN 2025 menyaksikan perubahan besar landskap industri filem animasi tempatan dengan dua filem animasi berjaya mencatat kutipan lebih tinggi dengan Papa Zola The Movie mencacat kutipan RM59.8 juta di Malaysia, manakala Ejen Ali The Movie 2: Misi Satria meraih kutipan sebanyak RM58.4 juta menjadikan jumlah keseluruhan kutipan animasi untuk tahun 2025 sebanyak RM118.4 juta.
Imbas kembali pada tahun 2019, tiga filem animasi tempatan berjaya mencatat keseluruhan kutipan sebanyak RM85.5 juta menerusi filem Ejen Ali The Movie (RM30.1 juta), Boboi Boy The Movie 2 (RM29.2 juta) dan Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal (RM26.2 juta).
Terbaharu, penerbit filem Papa Zola The Movie mengumumkan kutipan box office sebanyak RM59.8 juta untuk kutipan di Malaysia sahaja, dan kutipan keseluruhan sebanyak RM60 juta untuk di Malaysia dan Brunei, sekali gus menjadi filem animasi nombor satu dengan kutipan tertinggi tanah air.
Filem Papa Zola The Movie masih ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei. Filem ini bakal melangkah panggung Indonesia bermula 23 Januari 2026.
Filem ini juga akan muncul di layar perak di India, Vietnam dan pasaran Asia Barat yang merangkumi Arab Saudi, UAE, Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar serta Turki pada April 2026. - Gempak