[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
ENTERTAINMENT

Kematian selebriti ini juga pelik dan cetuskan tanda tanya

Madiha Abdullah 20/06/2016 | 05:40 MYT
Kematian Paul Walker dalam kemalangan jalan raya disifatkan ramai sebagai ironik.
PEMERGIAN pelakon Star Trek, Anton Yelchin mengejutkan ramai khususnya peminat-peminat pelakon berusia 27 tahun itu.
Lebih mengejutkan apabila Yelchin meninggal dunia akibat kemalangan dan dia ditemui tersepit di antara tiang peti surat dengan pagar keselamatan akibat dirempuh keretanya sendiri.
Yelchin bukan satu-satunya bintang dan personaliti terkenal dunia yang meninggal dunia dalam keadaan pelik dan penuh tanda tanya.
Personaliti televisyen, Steve Irwin, penyanyi Marvin Gaye dan ahli politik, Sonny Bono antara yang menemui ajal dalam kejadian atau kemalangan pelik.
Steve Irwin
Steve Irwin, seorang personaliti televisyen dan pencinta haiwan.
Terkenal sebagai pencinta haiwan dan alam sekitar, Irwin meninggal dunia akibat terkena sengatan ekor ikan pari ketika menjalani penggambaran sebuah rancangan televisyen.
Marvin Gaye
Marvin Gaye maut di tangan bapa sendiri.
Bintang muzik legenda ini meninggal dunia akibat ditembak bapanya sendiri, Marvin Gay Sr. Sebelum kejadian, Gaye dipercayai masuk campur dalam pertengkaran antara ibu dan bapanya.
Sonny Bono
Bono yang juga bekas suami penyanyi Cher, maut akibat kemalangan ski.
Penyanyi yang turut dikenali sebagai ahli politik ini meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas terlanggar pokok ketika bermain ski di Nevada.
Bruce Lee dan Brandon Lee
Bruce dan Brandon Lee, anak beranak yang temui ajal dengan cara berbeza.
Si bapa meninggal dunia akibat reaksi alahan terhadap ubat tahan sakit, manakala si anak pula meninggal dunia akibat ditembak, ketika menjalani penggambaran babak tembakan filem berjudul The Crow. Filem itu dibatalkan penggambarannya serta merta.
Jimi Heselden
Pemilik syarikat pengeluar Segway meninggal dunia ketika menunggang Segway
Biarpun bukan selebriti, namun Heselden dikenali sebagai ahli perniagaan berjaya dan merupakan pemilik syarikat yang mengeluarkan skuter Segway. Ironinya, dia meninggal dunia akibat terjatuh dari cenuram setinggi 20 meter, ketika sedang menunggang Segway.
Paul Walker
Kematian Paul Walker masih ditangisi peminat sehingga hari ini.
Satu lagi kematian yang agak ironik ialah pelakon terkenal Paul Walker yang dikenali sebagai bintang filem Fast & Furious, yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
#Anton Yelchin #Brandon Lee #bruce lee #Jimi Heselden #Marvin Gaye #Paul Walker #Sonny Bono #Steve Irwin