Kemunculan Neelofa di Milan Fashion Week jadi perhatian

Gempak
Februari 25, 2019 00:00 MYT
KEMUNCULAN Neelofa mendapat perhatian di acara pertunjukan fesyen antarabangsa. - Gambar Instagram Neelofa
NAMPAKNYA Neelofa tidak lagi menoleh ke belakang dalam usahanya membina nama di peringkat antarabangsa.
Satu demi satu undangan dari luar diterima Neelofa menjadikan dia sebagai artis Malaysia paling sibuk pada ketika ini.
Terbaharu aktres dan pengacara popular itu berada di Milan, Itali untuk menghadiri beberapa pertunjukan jenama mewah dalam acara Milan Fashion Week.
Anak jati Kelantan itu berkongsi beberapa foto menarik menunjukkan dia menyarung helaian mewah antarabangsa seperti jenama Fendi, Salvatore Ferragamo, Prada dan Max Mara untuk menghadiri pertunjukan fesyen setiap jenama tersebut.
Perkongsian itu dibuat menerusi akaun Instagramnya (IG) buat tatapan umum.
Bukan sekadar bergaya ke pertunjukan fesyen, kemunculan Neelofa di acara berprestij itu menerima perhatian daripada pihak pengurusan jenama Salvatore Ferragamo yang turut berkongsi foto Neelofa di sebuah entri di akaun Instagram rasmi mereka.
“Malaysian actress, Neelofa, American actress, Suki and model, Lottie Moss make an appearance at Ferragamo Fall Winter 2019 show,” demikian keterangan yang tertera di ruangan kapsyen laman Instagram jenama fesyen itu.
Selain Neelofa, pasangan popular Awal Ashaari dan Scha Alyahya turut berada di Milan untuk menghadiri beberapa pertunjukan di acara berprestij itu.
#FENDI #Milan Fashion Week #Neelofa #Prada #Salvatore Ferragamo