ENTERTAINMENT

Kemunculan semula di pentas MTV VMA, Britney Spears digelar 'ratu mimik'

Syafique Shuib 29/08/2016 | 04:13 MYT
Ini merupakan persembahan 'comeback' yang dinanti-nantikan setelah persembahannya pada 2007 menerima kritikan hebat.
SETELAH 10 tahun tidak membuat persembahan di pentas anugerah MTV Video Music Awards (VMA), Britney Spears membuat kemunculan semula dengan lagu terbarunya ‘Make Me’.
Ini merupakan persembahan kemunculan semula atau ‘comeback’ yang dinanti-nantikan setelah persembahannya pada 2007 menerima kritikan hebat.
Sembilan tahun lalu, beliau baru sahaja pulih daripada masalah peribadi dan persembahannya ketika itu kurang memuaskan.
Untuk anugerah ini, Spears tampil seksi dengan pakaian berwarna keemasan, dan turut berkongsi pentas bersama rapper G-Eazy.
Walaupun ia merupakan persembahan yang menghiburkan, namun para penonton menyedari bahawa Spears hanya mimikan atau 'lip sync' ketika persembahan beliau.
Ada juga bergelar beliau 'Ratu Lip Sync'.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Persembahan Spears dilakukan setelah persembahan memukau Beyonce.
Ada yang membuat perbandingan antara kedua-dua persembahan dan berkata Spears tidak sepatutnya membuat persembahan setelah persembahan hebat Beyonce.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada anugerah MTV VMA tahun ini, Beyonce menang besar dan berjaya membawa pulang anugerah utama iaitu Video Terbaik untuk ‘Formation’ dan Video Wanita Terbaik untuk ‘Hold Up’.
#Beyonce #britney spears #MTV Video Music Awards #MTV VMA