HIBURAN
'Kenangan Terindah Kembali', Samsons bakal dendang lagu baharu di Malaysia November ini
Menurut vokalis Samsons, Adrian Martadinata, konsert kali ini merupakan penampilan kedua kumpulan itu di Malaysia selepas 2023. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Samsons, kumpulan pop rock Indonesia, memilih Malaysia sebagai lokasi perdana mempersembahkan lagu baharu daripada album keenam mereka menerusi konsert Samsons Live In Malaysia - Kenangan Terindah di IDEA Live Arena, Petaling Jaya pada 9 Nov depan.
Ringkasan AI
Konsert itu dijanjikan tampil berbeza dengan konsep imersif lima elemen alam - angin, bumi, api, air dan logam yang diterjemahkan melalui muzik, cahaya dan visual pentas, serta satu elemen istimewa, iaitu kasih sayang dan perpaduan.
Menurut vokalisnya Adrian Martadinata, 44, konsert kali ini merupakan penampilan kedua kumpulan itu di Malaysia selepas 2023, dan lebih istimewa apabila peminat tempatan bakal menjadi saksi pertama lagu baharu mereka sebelum dipersembahkan di Indonesia.
"Album keenam ini belum dinamakan dan memuatkan 10 buah lagu termasuk empat single yang telah dilancarkan, iaitu Ada Rasa Yang Salah, Rayu, Kecanduan dan Mentari, sementara enam lagi di peringkat rakaman akhir," katanya pada sidang media, di sini semalam.
Samsons yang turut dianggotai Erik Partogi Siagian, 43 (gitar); Aldri Dataviadi, 41 (bes) dan Irfan Aulia Irsal, 42 (dram), menegaskan Malaysia kekal istimewa dalam perjalanan muzik mereka selepas mendapat sambutan luar biasa pada konsert di Zepp di sini, dua tahun lepas.
"Kami rasa sangat diberkati kerana muzik kami diterima dengan baik di sini, dan itu sebabnya kami tidak sabar kembali November ini," katanya.
Dijangka berlangsung selama dua jam setengah, Samsons bakal mendendangkan lebih 20 lagu pada konsert itu.
"Kami mahu penonton bukan sekadar mendengar lagu, tetapi turut bernyanyi bersama-sama. Sebab itu kami akan kongsikan senarai lagu lebih awal agar peminat boleh bersedia," kata Adrian, menambah mereka kini giat melakukan persiapan teknikal, mental dan fizikal.
Ditubuhkan pada 2003, Samsons merupakan antara kumpulan muzik berpengaruh dari Indonesia yang mempunyai peminat tersendiri di negara ini. Antara lagu malar segar mereka ialah Kenangan Terindah, Naluri Lelaki, Akhir Rasa Ini dan Kisah Tak Sempurna.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Samsons pilih Malaysia sebagai lokasi pertama mempersembahkan lagu baharu daripada album keenam dalam konsert Samsons Live In Malaysia Kenangan Terindah pada 9 Nov di IDEA Live Arena, Petaling Jaya.
- Konsert berkonsep imersif lima elemen alam (angin, bumi, api, air, logam) dengan gabungan muzik, cahaya dan visual, serta elemen kasih sayang dan perpaduan.
- Album keenam mengandungi 10 lagu, termasuk empat single yang sudah dilancar; konsert berdurasi 2.5 jam dengan lebih 20 lagu, termasuk lagu baharu yang belum dipersembahkan di Indonesia.