BARU beberapa jam saja ditayangkan, filem terbaharu kumpulan pelawak lagenda iaitu "Jaga-Jaga Senariounion" telah mencetuskan perbualan ramai.

Keterujaan luar biasa itu dilihat apabila ramai peminat meluahkan rasa puas mereka menonton filem berkenaan.

Malah, kebanyakan platform media sosial juga kini ‘dibanjiri’ dengan respon positif penonton.

Ada yang terhibur dengan ‘punchline’ dalam filem berkenaan, namun tidak kurang juga yang kagum apabila "Jaga-Jaga Senariounion" agak berbeza dengan karya sebelumnya.

Sekadar info, kisah "Jaga-Jaga Senariounion" bermula di hari majlis pernikahan anak Datuk Hamdan dan Azlee, di mana keluarga Datuk Hamdan telah disamun ketika dalam perjalanan ke rumah bakal besannya.

Apa yang peliknya, perompak-perompak tersebut hanya merompak barang-barang hantaran sahaja.

Setibanya di rumah pengantin, setiap seorang daripada mereka tidak kira keluarga pengantin lelaki atau pengantin perempuan telah disyaki merancang untuk sabotaj majlis tersebut.

Semuanya menjadi teka-teki.

Anda boleh melanggan dan saksikan "Jaga-Jaga Senariounion" di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 21 April 2022.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.


*Artikel asal di Gempak