awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan perlu pastikan persekitaran yang selamat untuk pembikin filem, kata sekumpulan rakyat Malaysia

Astro Awani
Astro Awani
08/03/2023
16:03 MYT
Kerajaan perlu pastikan persekitaran yang selamat untuk pembikin filem, kata sekumpulan rakyat Malaysia
Sebaliknya, kata kumpulan ini, tidak ada siasatan dilakukan terhadap ancaman fizikal dan gangguan seksual yang dilakukan oleh pengguna media sosial kepada pembikin dan penerbit filem tersebut. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sekumpulan rakyat Malaysia yang prihatin meminta kerajaan memastikan persekitaran yang selamat untuk pembikin filem dan artis meneruskan karya mereka.
Kumpulan itu yang terdiri daripada masyarakat sivil, organisasi kreatif dan individu berharap kerajaan dapat memastikan kandungan kreatif yang dianggap menyinggung dikendalikan secara bebas, profesional dan telus.
"Kami berpendirian bahawa penyelesaian jangka panjang tidak terletak pada penapisan filem yang lebih ketat, atau pelaksanaan hukuman terhadap penggiat seni dan bukan sama sekali dengan memberi kuasa kepada penasihat agama ke atas kandungan kreatif," kata kumpulan tersebut dalam satu kenyataan bersama pada Rabu.
Kumpulan itu juga berpendapat, pembikin filem tersebut yang mungkin akan disiasat di bawah Seksyen 298A dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 akan secara tidak langsung menyatakan mereka ini sengaja menimbulkan ketidakharmonian dalam negara.
Sebaliknya, kata kumpulan ini, tidak ada siasatan dilakukan terhadap ancaman fizikal dan gangguan seksual yang dilakukan oleh pengguna media sosial kepada pembikin dan penerbit filem tersebut.
"Keadaan di mana tiada tindakan diambil terhadap pengguna media sosial tersebut memberi mesej bahawa ancaman keganasan boleh diterima jika seseorang berasa tersinggung.
"Ini mewujudkan budaya takut yang membahayakan pembikin filem dan artis," katanya lagi.
Dalam kenyataan itu juga, kumpulan ini berpendapat, maklum balas kerajaan setakat ini akan memberi kesan yang menakutkan kepada filem dan industri kreatif Malaysia.
"Ia akan menghalang pembikin filem dan pencipta kandungan kreatif daripada menghasilkan kandungan kritikal yang sangat diperlukan," katanya.
Kumpulan tersebut berpendapat, kritikan dan pandangan balas terhadap mana-mana kandungan kreatif harus dibenarkan dalam masyarakat demokratik dengan syarat ia dinyatakan dalam cara yang aman dan tidak berunsur keganasan.
Topic Berkaitan
#mentega terbang
#filem
#penerbit
#pengarah
#ketidakharmonian
#ancaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan