awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan sedia RM19.6j dana bagi bantu penulis hasilkan karya

Bernama
Bernama
10/08/2013
08:58 MYT
Kerajaan sedia RM19.6j dana bagi bantu penulis hasilkan karya
Kerajaan melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) memperuntukkan sejumlah RM19.6 juta bagi tempoh tahun 2007 hingga tahun ini bagi membantu para penulis menghasilkan karya tulen.
Ketua Pengarah PNM Datuk Raslin Abu Bakar berkata Dana Penulis itu digunakan bagi pembelian terus daripada 806 orang penulis melibatkan RM16.72 juta setakat April tahun ini manakala baki dana akan digunakan kemudian.
"Dalam tempoh berkenaan juga PNM berjaya memperolehi sebanyak 1,086 judul buku dan 832,859 naskhah," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Raslin berkata PNM memperoleh buku dan naskhah tersebut daripada para penulis termasuk menerusi persatuan penulis seperti Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Persatuan Penulis Tamil, Persatuan Penterjemahan dan Penulisan Kreatif Malaysia.
"Kami juga menerima permohonan secara terus daripada penulis-penulis dan buku-buku yang diserahkan adalah tertakluk di bawah Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 (Akta 331)," katanya.
Penilaian akan dibuat berpandukan Garis Panduan Pemilihan Buku Karya Penulis Tempatan untuk Koleksi Perpustakaan Desa, Garis Panduan Perolehan Koleksi Perpustakaan Desa dan Dasar Pembelian dan Pendokumentasian Bahan Monograf serta Bahan-bahan Bercetak lain.
Beliau berkata PNM tidak menilai harga sesebuah buku sebaliknya ia ditetapkan berdasarkan harga pasaran semasa.
Topic Berkaitan
#GAPENA
#Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)
#Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena)
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan