Keramahan, penampilan sopan Paris Hilton di KL dapat pujian

Astro Awani
September 14, 2023 05:00 MYT
Antara peminat bertuah yang dapat bertemu dengan Paris Hilton. -Twitter/NaneeSuria
KUALA LUMPUR: SELEBRITI dan ahli perniagaan Amerika Syarikat, Paris Hilton menggembirakan peminatnya dengan penampilan di KL Sogo pada petang Rabu.
Kehadirannya itu bersempena pelancaran wangian ke-30 beliau yang diberi nama Ruby Rush.
Ratusan peminat berkumpul di pusat pusat beli-belah untuk menyambut ketibaan selebriti berusia 42 tahun itu.
Di media sosial, kehadiran bekas bintang The Simple Life itu menarik perhatian bukan sahaja kerana sikapnya yang ramah dan tidak kekok melayan peminat, tetapi juga penampilannya yang sopan dalam setiap kemunculan sepanjang berada di negara ini.

Thank you https://t.co/OzmRLq6sHL

— ParisHilton (@ParisHilton) September 13, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malah peminat juga menggelarkan Hilton 'patung Barbie hidup' kerana kecantikan dan sikap rendah dirinya.

https://t.co/quxT06LWC7

— ParisHilton (@ParisHilton) September 13, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Hilton juga nampaknya berterima kasih dengan sambutan peminat apabila menyiarkan semula beberapa ciapan peminat di platform X.

Love you all so much! So happy to see everyone today! I love KL pic.twitter.com/awph8RKs0W

— ParisHilton (@ParisHilton) September 13, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ke Malaysia, Hilton turut melancarkan wangian yang sama di Bangkok, Thailand pada Isnin.
Ini bagaimanapun bukanlah penampilan umum pertama Hilton di Malaysia.
Pewaris empayar Hilton itu pernah hadir ke Malaysia pada Januari 2015 untuk satu acara di Petaling Jaya.
Hilton kemudian kembali ke sini pada Oktober 2015 untuk melancarkan wangian edisi terhadnya.
#Paris Hilton #ruby rush #KL Sogo #patung Barbie hidup