Kerana Anta Permana, pengurus Siti Nurhaliza tidak tidur malam

Gempak
Disember 4, 2018 06:11 MYT
ROZI Abdul Razak (kiri) bersyukur dengan penerimaan baik peminat-peminat Siti Nurhaliza terhadap lagu Anta Permana.
GARA-GARA terlalu gementar menanti maklum balas peminat, pengurus penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, Rozi Abdul Razak mengakui, dia tidak dapat tidur malam sebaik single terbaharu, Anta Permana dilancarkan.
Menerusi entri di Instagram (IG), Rozi mendedahkan, kerisauannya berhubung respons peminat terhadap single terbaharu itu bagaimanapun berakhir apabila penyokong setia Siti Nurhaliza menyukai lagu Anta Permana.
"Ingat lagi, masa lagu ni nak dilancarkan, tak tidur malam kami untuk menantikan respons peminat.
"Sampai jam 4.30 pagi (12 tengah malam dilancarkan di itunes & platform digital), membaca komen-komen, Alhamdulillah, positif.
"Tidak mudah untuk muncul dengan kerja seni atau kreatif, ada pelbagai citarasa orang, sama ada menepati atau tidak.
"Bukan kerja seorang untuk memastikan kejayaan ini, semua pihak terlibat sama. Komposer, penulis lirik, penyanyi, peminat, pihak tv, radio dan banyak lagi. Terima kasih semua," tulis Rozi lagi.
Rata-rata peminat mengakui menggemari single Anta Permana dan berharap lagu ciptaan Hael Hussaini dan Ezra Kong itu akan mengungguli kesemua carta lagu di stesen radio.
#Album #Anta Permana #penyanyi #Rozi Abdul Razak #Siti Nurhaliza