Kerana Mas Idayu, 'ada nampak mummy happy?' jadi 'punchline' netizen

Madiha Abdullah
November 20, 2017 13:08 MYT
Jika pada awalnya ramai yang mengkritik komen pedas Mas Idayu, tetapi kini ia menjadi ikutan dan satu punchline melucukan oleh netizen.
"ADA nampak mummy happy? Mummy tak nak Shima senyum!"
Bagi peminat dan pemerhati dunia hiburan, tentunya pernah mendengar ungkapan itu, yang diucapkan oleh salah seorang juri D'Academy Asia 3, Mas Idayu, minggu lalu.
Bukan biasa-biasa kerana komen bernada herdikan itu bukan sahaja merentap hati peserta terbabit, Baby Shima, tetapi juga penonton.
Namun apa yang melucukan adalah reaksi netizen selepas video tersebut tular.
Jika pada awalnya ramai yang mengkritik komen pedas Mas Idayu, tetapi kini ia menjadi ikutan dan satu punchline melucukan oleh netizen, khususnya di laman sosial.
Ada yang menyertakan quote berkenaan sebagai kapsyen pada gambar, ada yang meletakkannya dalam penceritaan dan lebih menggelikan hati, ada yang memuat naik quote itu sebagai status tanpa sebarang gambar atau kapsyen lain.

Nak masak tpi malas potong2. Dlm food channel diorang potong2 cepat je. Happy je. Kalau aku? Ada nampak mummy senyum? Mummy tk nak shima senyum. Dh la. Order foodpanda je la.

— Dayang Ku Dian (@theianseerawr) November 18, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

sejuk sejuk mcmni dengan kenyang rasa nak tidur pastu banyak kerja. ada nampak mummy happy?!?!?

— ada nampak mummy happy? (@syazweeen) November 20, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

current punchline yang paling aku rasa kelakar nak mampos kan yang "ADA NAMPAK MUMMY HAPPY? ADA NAMPAK????"/p>— anyen boleh anje boleh hiksss (@anyensalim) November 20, 2017

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Baru je siap mandi lepas tu dapat message kelas cancelled. Ada nampak mummy happy? Mummy tak nak shima senyum.

— Loôkie (@luqm4nnul) November 20, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Malam malam call whatsapp kita pakai profile picture badut. Ada nampak mummy happy ?? /p>— Nesrin(@ErinShukor) November 19, 2017

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

rasa nak marah dengar suara firman ni tak sesuai langsung dengan misha. ada nampak mummy happy?

— (@AiniJelani) November 19, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Walaupun quiz tadi boleh jawab, tapi ada nampak mummy happy?!! Mummy taknak jamila senyum!!!

— (k) (@pixiekhayrin) November 19, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

me: penat la study my brain: ADA NAMPAK MUMMY HAPPY?

— Butter Ass Chicken (@AffiqAz) November 19, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Komen itu diberikan Mas Idayu kepada Baby Shima selepas wakil Malaysia itu menyampaikan lagu Wulan Merindu dalam konsert mingguan yang berlangsung 12 November lalu.
D'Academy Asia merupakan program realiti berteraskan nyanyian di Indonesia, yang mengumpulkan peserta dari Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand dan Timor Leste, selain dari negara tuan rumah.
Ia bersiaran di saluran Indosiar selama lima jam dan mendapat rating yang tinggi di negara itu.
#Baby Shima #D'Academy Asia 3 #Indonesia #Malaysia #Mas Idayu #Program Realiti