[TERKINI] Polis Tahan Pengasas eHati dan Suami Susulan Dakwaan Program Motivasi Rumah Tangga Songsang – Ikuti Perkembangan Di Sini
HIBURAN

Kertas siasatan kes Shila Amzah dirujuk kepada pendakwa raya hari ini

Bernama 15/07/2025 | 09:28 MYT
Setakat ini, empat keterangan saksi termasuk pengadu telah diambil bagi membantu siasatan kes yang disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kertas siasatan kes penyanyi Nurshahila Amir Amzah atau dikenali sebagai Shila Amzah yang mendakwa diserang penyanyi legenda lelaki ketika sesi latihan konsert baru-baru ini dijangka dirujuk kepada pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) Kuala Lumpur hari ini.


Ringkasan AI
  • Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan Shila Amzah diserang oleh seorang penyanyi legenda lelaki semasa sesi latihan konsert, dan dijangka dirujuk kepada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Kuala Lumpur.
  • Setakat ini, empat keterangan saksi termasuk pengadu telah diambil bagi membantu siasatan kes yang disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
  • Laporan polis dibuat oleh Shila di IPD Dang Wangi pada 11 Julai lalu, dan siasatan masih berjalan untuk tindakan lanjut pihak pendakwaan.


Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata ketika ini pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes berkenaan.

"Kertas siasatan akan dirujuk kepada pihak PPN Kuala Lumpur untuk kajian dan arahan lanjut (pendakwaan). Setakat ini empat keterangan saksi termasuk pengadu sudah diambil bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Mohamed Usuf dilaporkan berkata pihaknya telah merakam keterangan dua individu bagi membantu siasatan kes berkenaan, susulan laporan dibuat Shila di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 5.31 petang, Khamis lepas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

#Shila Amzah #Amy Search #kes serang #kes mahkamah #terkini