HIBURAN
Kes cerai: Suami Nora Ariffin yakin hakam jalan penyelesaian terbaik
Dr Rushdi memilih untuk tidak mengulas lanjut perihal perkahwinannya dengan Nora kali ini. - Foto Sinar Harian
SUAMI kepada penyanyi Datuk Nora Ariffin iaitu Dr Rushdi Ramli memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai konflik rumah tangganya kali ini.
Ringkasan AI
Namun dalam masa sama, beliau melihat pelantikan hakam adalah langkah terbaik bagi mencari penyelesaian damai.
“'Proses selepas ini adalah pelantikan hakam untuk tujuan perdamaian, insya-Allah. Segala keputusan saya serahkan kepada Allah SWT kerana Dia yang lebih mengetahui apa yang terbaik,” katanya ketika ditemui di pekarangan mahkamah pada pagi Isnin.
Beliau menambah, setiap rumah tangga tidak dapat lari daripada ujian, namun perceraian bukanlah sesuatu yang diinginkan tanpa sebab kukuh.
“Kalau ditanya, sudah tentu kita tidak mahu sampai ke arah perceraian tetapi jika ada sebab yang munasabah dan diredai Allah, maka ia perlu dipertimbangkan dengan matang,” jelasnya.
Prosiding perceraian pasangan itu akan diteruskan pada 3 September depan bagi proses hakam.
Terdahulu, Nora melantik kakak angkatnya, Rafeah, manakala Dr Rushdi memilih rakannya, Syamsul Omar, sebagai wakil JKP.
Pada 21 April lalu, Nora memfailkan permohonan perceraian selepas tercetus pelbagai konflik berkaitan rumah tangga mereka.
Sebelum itu, pelatun Naluri itu pernah mendirikan rumah tangga bersama komposer terkenal, Allahyarham Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata. Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung. -- Sinar Harian
Ringkasan AI
- Suami kepada Datuk Nora Ariffin, Dr Rushdi Ramli, enggan mengulas lanjut isu rumah tangga tetapi menyifatkan pelantikan hakam sebagai langkah terbaik.
- Nora memfailkan permohonan cerai pada 21 April lalu dan menegaskan bahawa kuasa talak bukan di tangan wanita; beliau tidak akan menarik balik permohonan.
- Selepas Jawatankuasa Pendamai (JKP) gagal capai kata sepakat, mahkamah menetapkan 3 September sebagai tarikh prosiding hakam.