Keselamatan lebih penting, Nabila kurang setuju aktiviti penggambaran dibenarkan sewaktu PKPB

Najmi Syahiran Mamat
Mei 21, 2020 08:16 MYT
Menurut Nabila, kenyataannya ukanlah untuk menimbulkan kontroversi namun hanya ingin meluahkan pandangannya terhadap kesan negatif yang boleh berlaku . - Gambar Instagram @kupu_kupu
MESKIPUN mengakui dirinya juga hampir hilang punca pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun aktres Nabila Huda tidak senang dengan kelonggaran yang diberikan kepada industri perfileman untuk kembali beroperasi.
Nabila, 36, berkata pelbagai persoalan bermain di fikirannya termasuk mempersoalkan bagaimana aktiviti penggambaran boleh dijalankan dalam suasana normal baharu dan tindakan akan diambil pihak produksi sekiranya kru atau pelakon dijangkiti COVID-19.
For example shoot outdoor, untuk scene yang melibatkan orang ramai, scene gaduh, macam mana nak buat scene gaduh tapi penjarakan sosial?
All crew pakai mask during the shoot, how about us? Actors? Masa tengah berlakon, kena buka mask, pastu pasang balik bila director cakap cut?” katanya menerusi muatnaik status di Twitter.
Jelasnya, kenyataannya itu bukanlah untuk menimbulkan kontroversi namun hanya ingin meluahkan pandangan peribadi terhadap kesan negatif yang boleh berlaku kepada seluruh krew produksi sekiranya menjalankan aktiviti penggambaran dalam suasana pandemik ini.
“Persoalannya, what if kita dijangkiti during our shoot? Are you sure you wanna take a risk? Soal nyawa, semua ada keluarga.
“Kalau family dijangkiti tu adalah perkara yang paling menakutkan. Imagine mak bapa kita atau anak dijangkiti because of us...won’t you feel regret?,” tambah Nabila lagi yang juga akui rindu ingin kembali berlakon.

Everyone tengah susah. Semua tengah Zaman kejatuhan. But tak boleh la Nak complain je. Semua benda tak Puas hati. Stop being selfish. Everyone tengah sesak. But kite masih hidup.

— Nabila Huda (@abilsuhaimi) May 20, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pelakon versatil itu meluahkan pendapat demikian mengulas kebenaran aktiviti penggambaran dilakukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seperti diumumkan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu.
BACA: Aktiviti penggambaran dibenarkan tetapi bersyarat - Ismail Sabri
Ia, bagaimanapun, perlu seiring dengan prosedur operasi standard (SOP) digariskan kerajaan yang akan dipatuhi oleh kru penggambaran terlibat.
BACA: Aktiviti perfileman boleh diteruskan selepas Hari Raya dengan SOP ketat - Saifuddin
Walaupun penggambaran boleh dilakukan mengikut SOP, Nabila turut berasa bimbang dengan pematuhan penjarakan sosial terutama apabila melibatkan babak orang ramai.
“Kalau scene kita sakit lumpuh, perlu pelukan dari suami atau anak, macam mana kita nak social distancing dengan scene tu?
“Yes faham kita boleh register nama, amik temperature kita, sebelum kita shoot nak pasti kan semua ok, but...macam mana kita nak shoot melibatkan public?” soalnya yang meminta pihak produksi untuk mempertimbangkan kebenaran itu.
Sementara itu, Nabila memuji beberapa rakan artisnya dan mereka yang sebelum ini bekerja disebalik tabir penggambaran turut berusaha mencari jalan keluar ketika berdepan situasi ini demi menampung kehidupan harian mereka.
#aktiviti penggambaran #COVID19 #drama #hiburan #industri filem #keselamatan #KKMM #Nabila Huda #PKPB #shooting