HIBURAN
Khas di 'Panggung Purnama', Pamungkas bawakan single baharu, 'Sambung'
Fugo bakal memeriahkan pentas 'Panggung Purnama' di Zepp Kuala Lumpur pada 28 September. - Foto OPR Network
'PANGGUNG Purnama' akan menemui peminat di Zepp Kuala Lumpur pada 28 September ini dengan membariskan tiga pemuzik hebat - gabungan Malaysia dan Indonesia.
Perdana kali dianjurkan, UdaraLaskhar membawakan dua pemuzik Indonesia yang mempunyai reputasi dan kelompok peminat setia, Bilal Indrajaya dan Pamungkas.
Tidak kurang hebatnya, Fugo wakil tunggal Malaysia ikut mengisi 'Panggung Purnama' yang disifatkan anggota kumpulan ini sebagai reunion manis untuk sepentas kembali bersama Pamungkas dan Bilal Indrajaya.
Dengan mempertaruhkan tiga pemuzik ini - Pamungkas, Bilal Indrajaya dan Fugo, penganjur optimis Panggung Purnama akan menarik perhatian peminat sekaligus menjadi konsert yang memiliki momen terbaik saat terlaksana kelak.
“Walaupun September mempunyai lambakan konsert, kami percaya Panggung Purnama akan sukses kerana produk yang dipersembahkan. Pamungkas, Bilal Indrajaya dan Fugo mempunyai peminat dan kekuatan tersendiri.
“Semoga kita berjumpa di Zepp Kuala Lumpur pada 28 September kelak,” ujar wakil penganjur UdaraLaskhar, John Labu.
Pamungkas yang akan menjadi pemuzik headliner Panggung Purnama turut menyiapkan ‘hadiah’ istimewa buat peminat di Malaysia.
Menurut Pamungkas, dia pertama kali akan membawakan single terkininya yang dijadual dikeluarkan pada 12 September ini di 'Panggung Purnama'.
“Judulnya Sambung, itu single terbaharu saya yang akan dipasarkan 12 September dan akan pertama kali saya dendangkan secara langsung di Panggung Purnama,” kata Pamungkas menerusi temu bual virtual yang berlangsung di Bijou Cafe, Ara Damansara pada Selasa lalu.
Selain Sambung, tentu sahaja Pamungkas akan membawakan ‘lagu-lagu kebangsaan’ miliknya yang telah lama menjalar dalam jiwa peminat.
Malah saat ditanya adakah peminat akan melihat Pamungkas bergabung dengan Bilal Indrajaya mengantikan Noh Salleh pada lagu Yang Tercinta, pemuzik itu menyambut baik.
“Ya, itu perlu saya minta izin dulu kepada Noh Salleh,” katanya ringkas.
Lebih menarik, Bilal dan Fugo juga telah melakukan persiapan rapi untuk menjadikan 'Panggung Purnama' sebagai konsert yang memberi momen tersendiri buat peminat.
Penganjur juga menawarkan promosi ‘Beli Dua Tiket Dapat Diskaun 13 peratus menggunkan kod MDKDUO bermula 27 Ogos sehingga 1 September 2025.
Pada masa sama, peminat masih boleh dapatkan tiket dengan kategori Bintang (RM179), Langit (RM199), Awan (RM249), Bumi (RM239) dan Purnama (RM399) boleh diperoleh menerusi www.ilassotickets.com.