URA-URA tentang hubungan kedua-dua pelakon ternama Korea Selatan, Kim Bum dan Oh Yeon Seo akhirnya terjawab.

Kedua-dua pihak agensi pelakon ini mengesahkan hubungan mereka seperti yang dipetik dari laporan Soompi.

Pasangan sama cantik sama padan itu dikatakan mula rapat selepas pengambaran drama Hwayungi yang berkakhir awal Mac lepas.

Menurut agensi yang menguruskan Kim Bum, Starship Entertainment, hubungan pasangan ini masih di peringkat awal dan mereka kini sedang mengenali antara satu sama lain.

Pihak agensi Oh Yeon Seo, Celltrion Entertainment turut menyatakan bahawa pasangan ini bermula sebagai rakan artis dan kini mereka sedang bermadu asmara.

Netizen turut meluahkan rasa sukacita di laman sosial Twitter atas pengumuman gembira kedua pasangan ini.