Kim Kardashian buat tutorial guna sinki tandas

Agensi
April 21, 2019 04:45 MYT
Rata-rata peminat bintang realtiti tv tersebut keliru selepas dia menunjukkan kediaman mewahnya menerusi Vogue 73 Questions, minggu lalu, yang menampilkan sinki bilik mandi moden tanpa saluran air. - Gambar fail/Instagram@kimkardashian
TANDA tanya dan kekeliruan peminat Kim Kardashian tentang bagaimana sinki di rumah baharunya berfungsi terjawab setelah artis wanita itu membuat video tutorial cara penggunaannya.
Menurut Kim, fungsi sinki di rumahnya sama seperti sinki lain di mana terdapat lubang saluran air terus ke longkang dan rekaan yang agak condong.
“Rekaan sinki itu dicipta oleh Kanye West (suami Kim). Terdapat lapan versi protataip sinki ini telah dibuat,” katanya menerusi entri di Instagram.
BACA: Kim Kardashian semakin menghampiri cita-citanya menjadi peguam
BACA: 3 tahun berlalu, pergaduhan Kim Kardashian dan Taylor Swift masih berlarutan?
Rata-rata peminat bintang realtiti tv tersebut keliru selepas dia menunjukkan kediaman mewahnya menerusi Vogue 73 Questions, minggu lalu, yang menampilkan sinki bilik mandi moden tanpa saluran air.
Kediaman berkonsepkan minimalis di Hidden Hills itu direka oleh Alex Vervoordt dan mengambil masa beberapa tahun untuk dibina. - Daily Mail
#bintang selebriti #Instagram #Kanye West #Kim Kardashian #sinki