awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kim Kardashian dan Kanye tak pandang jutaan dolar, enggan dedah bayi ketiga

Agensi
Agensi
18/01/2018
04:13 MYT
Kim Kardashian dan Kanye tak pandang jutaan dolar, enggan dedah bayi ketiga
Kim dan Kanye hanya akan mengeluarkan gambar bayi mereka selepas dua bulan seperti yang dilakukan untuk North West dan Saint West (gambar). - Twitter @KimKardashian
SELEBRITI dan bintang realiti antatrabangsa Kim Kardashian dan 'rapper' Kanye West ternyata tidak mudah digoda dengan tawaran jutaan dolar semata-mata untuk mendedahkan gambar pertama anak ketiga mereka yang baharu lahir.
Sekurang-kurangnya, buat masa ini semua tawaran itu ditolak..
Menurut portal hiburan TMZ, sumbernya berkata beberapa laman web dan majalah sudah memulakan tawaran itu sejak beberapa bulan yang lalu.
Kesemua tawaran itu berjumlah tidak kurang dari AS$1 juta dan ada beberapa media yang menawarkan antara AS$2 juta dan AS$5 juta.
Tawaran-tawaran tersebut tidak pernah dilayan dan ditolak dengan segera.
Kim dan Kanye berkata mereka tidak akan mengambil duit untuk gambar pertama bayi mereka kerana ini bertentangan dengan pendirian moral pasangan itu.
Buat ketika ini, Kim dan Kanye mengetatkan sekuriti dan keselamatan bayi mereka untuk memastikan tiada pihak yang akan mendapat peluang mengambil gambar anak ketiga keluarga West itu.
Kim dan Kanye hanya akan mengeluarkan gambar bayi mereka selepas dua bulan seperti yang dilakukan untuk North West dan Saint West.
Oleh itu, jika anda teringin melihat bayi ketiga Kim jangan lupa singgah ke laman instagramnya pada bulan Mac nanti.
Topic Berkaitan
#anak
#bayi
#Instagram
#Kanye West
#Kim Kardashian
#Media
#North West
#Saint West
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan