Skip to main content

Hiburan

Kim Kardashian rahsiakan jantina bayi

81357034683_295x200.jpg
Kim Kardashian mengakui dia semakin selesa dengan kehamilannya dan tidak lagi gementar menantikan hari kelahiran disamping tidak mahu mendedahkan jantina anaknya itu kepada umum.

Mahupun mengetahui jantina anaknya, dia masih mahu berahsia sehingga hari yang bersesuaian.

Bagaimanapun, Kardashian dilihat masih memakai pakaian biasa dan bukan dikhususkan untuk ibu mengandung.

“Kini saya sudah tidak lagi rasa kekok apabila bayi di dalam kandungan menendang terutamanya sewaktu saya berada di tempat umum. Malah kini saya akui semakin selesa mengandungkan anak saya ini,” kata Kim dengan ceria.

Bagi menyembunyikan jantina anaknya, Kardashian dan Kanye West sangat berhati-hati dalam membeli barangan keperluan agar rahsianya tidak terbocor.

“Sewaktu membeli barangan bayi, kami akan membeli baju untuk kedua dua jantina bagi mengaburi mata paparazzi  sekaligus merahsiakan jantina sebenar anak saya,” tambah Kim.

Kardashian ditemui semasa acara tahunan “E! Network” untuk pengumuman program-program terbaru.

Musim kelapan “Keeping Up With Kardashians” menampilkan anggota keluarga terbaru, Brandon dan Brody iaitu anak kepada Bruse Jenner, bapa tiri mereka.

Advertisement

Must Watch Video