[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
ENTERTAINMENT

KimJaeHwanInKL: Peminat 'mengamuk', acara dibatalkan pada saat terakhir

Isabelle Leong 27/07/2019 | 12:54 MYT
Sesi 'Kim Jae Hwan Fan Meeting' yang dijadualkan berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam dibatalkan kerana gagal dapatkan permit.
ACARA bertemu peminat 'Kim Jae Hwan Fan Meeting 2019' yang dijadualkan bermula pada jam 6 petang ini di Stadium Malawati Shah Alam dibatalkan selepas pihak penganjur gagal mendapatkan kelulusan permit.
Menerusi satu kenyataan, penganjur MacpiePro memaklumkan perkara tersebut menerusi laman Twitter dan memohon maaf kepada peminat kerana membuat pengumuman saat terakhir.
“Kami ingin memaklumkan bahawa Fan Meeting Kim Jae Hwan 2019 [MIN:D] di Kuala Lumpur dibatalkan kerana permohonan permit konsert tidak diluluskan.
“Kami memohon maaf kerana hanya dapat membuat pengumuman ini pada saat terakhir. Kami telah cuba sedaya-upaya kami untuk mendapatkan permit tersebut.
“Bagaimanapun, usaha kami tidak berjaya,” kata MacpiePro.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, penganjur berjanji akan mengembalikan wang tiket kepada semua pengunjung yang sudah membeli tiket.
“Sila hubungi kami di 'ask@macpiepro.com' atau Whatsapp 011-31121222 bagi mendapatkan bayaran balik tersebut.
Rata-rata peminat WIN:D (nama fandom Jae Hwan) yang sudah berkumpul di Stadium Malawati Shah Alam menzahirkan kecewaan kerana telah berkampung di perkarangan stadium tersebut sejak jam 12 tengah hari.
Ada juga yang melemparkan kata-kata kesat menerusi posting video di laman Twitter dan meminta idola kesayangan mereka tampil untuk berjumpa mereka.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ada juga peminat yang datang dari luar negara bagi menyaksikan penyanyi kegemaran mereka yang tidak dapat menahan kemarahan mereka kerana tidak berkesempatan bertemu dengang Jae Hwan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, terdapat netizen yang mengimbau kembali pembatalan konsert kumpulan K-pop terkemuka TWICE pada tahun lalu yang juga dijadualkan berlangsung pada 27 Julai.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Walaupun kecewa dengan keadaan tersebut, terdapat peminat WIN:D yang memberikan kata-kata semangat kepada Jae Hwan dan tidak menyalahkannya atas pembatalan 'fan meeting' tersebut.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Fan Meeting Kim Jae Hwan 2019 merupakan sesi bertemu peminat antarabangsa yang diadakan buat julung kalinya sejak Jae Hwan bergerak solo.
#Fan Meeting Kim Jae Hwan 2019 MIN D #Kim Jae Hwan #KimJaeHwaninKL #MacpiePro #Wanna One #WIN D