awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
Bandar Jepun batalkan festival sakura susulan tingkah laku pelancong tidak beradab
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Bernama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kini ... tiada lagi gurauan Pak Ngah' - Siti Nurhaliza

Eka Roslee
Eka Roslee
26/09/2018
08:05 MYT
'Kini ... tiada lagi gurauan Pak Ngah' - Siti Nurhaliza
Dato Siti Nurhaliza terkesan dengan kehilangan Pak Ngah Suhaimi. - Gambar fail
Kehilangan aktivis muzik etnik tradisional, Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah amat dirasai oleh semua rakan artis dan peminat.
Datuk Siti Nurhaliza, yang merupakan anak murid Allahyarham Pak Ngah meurpakan salah seorang rakan artisy yang cukup terkesan dengan pemergian komposer tersohor tersebut.
Menurut Siti, pengalaman beliau bekerjasama dengan Pak Ngah amat berharga.
“Pak Ngah ni sangat positif dan semua orang akan terhibur dengan Pak Ngah, kini gurauannya sudah tiada, walau bagaimanapun, saya kagum dengan cinta beliau terhadap seni yang terlalu tinggi,macam mana pun beliau tetap perjuangkan irama Melayu," kata Siti Nurhaliza ketika ditemui di Masjid Kampung Baru sekwatu menunggu jenazah Allahyarham Pak Ngah tiba tengah hari tadi.
View this post on Instagram
@ctdk menunggu jenazah Pak Ngah Shuhaimi di masjid dan sangat ramai yang berada di sini. Sifat arwah yang disenangi menyebabkan beliau disayangi ramai orang.
A post shared by Rozi Abdul Razak (@rozisangdewi) on
Sep 26, 2018 at 12:10am PDT
"Kalau di Indonesia,beliau sangat dihormati," tambah Siti, sambil menahan sebak.
Allahyarham Pak Ngah menghembuskan nafas terakhir di Batam,Indonesia pada jam 3.02 semalam akibat komplikasi jantung.
Allahyarham dikebumikan di Tanah perkuburan Jalan Ampang, Kampung Baru selepas solat Zohor.
Pak Ngah meninggalkan seorang isteri, Datin Sharifah Mahani, seorang anak lelaki dan perempuan.
Allahyarham Pak Ngah dilahirkan pada 26 September, 1958 di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Anak kedua daripada lima beradik itu mempunyai syarikat produksi sendiri, Pak Ngah Production Sdn Bhd yang telah beroperasi di Setapak sejak 26 0ktober 1995 dan banyak melahirkan karya-karya terulung antaranya lagu popular nyanyian Siti Nurhaliza termasuk "Ya Maulai",'Balqis",dan "Badarsila".
Topic Berkaitan
#badarsila
#Cindai
#irama melayu
#Noraniza Idris
#pakngah
#sharifah mahani
#Siti Nurhaliza
#Suhaimi Mohd Zain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan